UMNO akan terus setia dengan Kerajaan Perpaduan dan tidak akan melakukan sebarang cubaan untuk memecahkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Demikian penegasan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, pagi tadi.
Ahmad Zahid bagaimanapun berkata, kesetiaan UMNO itu tidak boleh diperkotak-katikkan seluruh kepimpinan dan ahli UMNO.
“Keberadaan kita dalam Kerajaan Perpaduan, tidak ada usaha tebuk atap, tidak ada usaha tarik brek. Jangan risau, ini Zahidlah, kita setia tapi jangan perkotak-katikkan seluruh kepimpinan UMNO dan ahli UMNO.
“Tapi kalau (UMNO) diusik, saya dan Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) lawan tetap lawan. Jangan cuba-cuba yang dijanjikan, nak beri… berilah. Jangan kejap beri kejap berdolak dalih. Cakap depan, jangan pusing-pusing. Kita bila janji, kita buat, bukan janji lain, buat lain.
“Kerana sejarah UMNO, siapa pun yang jadi presiden, apabila kita jalin persetujuan, hubungan dibina bukan dengan sandiwara. Kerjasama dijalin bukan dengan muslihat dan UMNO pegang prinsip kesetiaan dan mesti dibalas dengan penghormartan dan penghargaan,” katanya.
Baca juga: Ada yang cuba ‘meminang UMNO’, kata Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, permuafakatan yang dibentuk selama 38 bulan ini mesti diiringi dengan keihklasan.
“Namun UMNO bukan parti tempelan atau pelengkap kepada mana-mana gabungan. Jangan ingat UMNO parti daun kari, bila nak masak daun masuk dalam kuali bila dihidang dikuis ketepi. UMNO adalah tiang seri kepada Kerajaan Perpaduan sekarang,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

