SALAH satu ruang awam ikonik di ibu kota, Padang Merbok kembali dibuka semula sepenuhnya kepada orang awam sejak dipagari sekitar Ogos 2022.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh memaklumkan, pagar di sekeliling kawasan Padang Merbok itu telah diturunkan sepenuhnya pada 14 Januari lalu.
Menurut Hannah, Kerajaan MADANI komited membetulkan semula perkara tidak wajar dengan mengembalikan akses kawasan tersebut kepada rakyat.
Beliau berkata, Padang Merbok merupakan sebahagian penting daripada kehidupan Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai lokasi sukan, rekreasi dan perhimpunan aman.
“Penutupan berpanjangan telah menafikan rakyat daripada menggunakan ruang awam yang signifikan ini.
“Terletak berhampiran Dataran Merdeka dan Parlimen, Padang Merbok mempunyai nilai nasional yang tersendiri, menjadi titik pertemuan semula jadi antara kehidupan komuniti dan ekspresi demokrasi,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Baca artikel lain: Kes saman fitnah: Hannah syukur dan gembira dengan keputusan mahkamah
Mengulas lanjut, Hannah menyifatkan pembukaan semula Padang Merbok menjawab keperluan sebuah bandar yang semakin membesar.
Katanya, Kuala Lumpur kini berdepan tekanan akibat kesesakan trafik, peningkatan pelancongan dan penganjuran acara awam berskala besar yang memberi kesan kepada ruang awam sedia ada.
“Dengan memulihkan padang bersejarah ini, kerajaan menyediakan lokasi yang lebih selamat dan mudah diakses untuk rakyat berkumpul sambil mengurangkan kesesakan dan melindungi kawasan warisan berdekatan.
“Ruang awam mesti berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk kuasa. Padang Merbok kini dibuka semula dan tepat di tempat yang sepatutnya,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

