Zahid dan BN hanya jadi bahan ketawa – Teik Cheng

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TINDAKAN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa ‘Terdapat pasukan B dalam DAP’, kemudian menarik balik kenyataan tersebut secara tergesa-gesa, amat tidak wajar.

Itu penegasan Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut Teik Cheng, kenyataan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu langsung tidak melayakkannya untuk terus menerajui gabungan parti tersebut.

Katanya, sebagai pemimpin tertinggi BN, beliau tidak sepatutnya bercakap tanpa berfikir, tidak berpegang pada kata-kata sendiri dan bercanggah antara satu sama lain. 

“Ini merupakan satu penghinaan secara langsung terhadap kredibiliti politik BN yang telah dibina selama bertahun-tahun.

“Jika Ahmad Zahid tidak segera menilai dan memperbetulkan gaya kepimpinannya, BN hanya akan terus kehilangan sokongan rakyat, dan slogan kononnya untuk ‘menghidupkan semula BN’ akan kekal sekadar retorik kosong,” katanya.

Mengulas lanjut, Teik Cheng berkata, rakyat memerlukan pemimpin yang bertanggungjawab, berprinsip dan berwawasan.

Katanya, rakyat tidak memerlukan seorang Pengerusi BN yang sentiasa berubah-ubah pendirian, mencetuskan kontroversi dan akhirnya membebankan seluruh BN. 

Menurutmya, tindak-tanduk Ahmad Zahid telah menimbulkan kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan anggota BN dan rakyat serta beliau kini menjadi liabiliti terbesar BN.

“Setiap kata dan perbuatan Pengerusi BN mewakili keseluruhan gabungan, bukannya emosi peribadi atau percaturan politik individu. 

“Tingkah laku yang tidak bertanggungjawab seperti ini bukan sahaja merosakkan imej BN, malah menjadikan BN bahan ketawa di peringkat antarabangsa,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This