PIHAK polis sudah mengenal pasti dua individu dipercayai terlibat dalam pemalsuan dokumen yang dikemukakan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semasa proses pendaftaran tujuh pemain warisan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua individu berkenaan ketika ini sedang dikesan oleh pihaknya bagi membantu siasatan.
“Usaha untuk mengesahkan identiti sebenar serta mengesan kedua-dua individu yang terlibat sedang giat dijalankan bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Rusdi berkata, siasatan dijalankan susulan laporan polis yang diterima berhubung isu pemalsuan dokumen yang didaftarkan di bawah FAM.
Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati proses pemberian taraf kewarganegaraan kepada tujuh pemain warisan berkenaan dilakukan secara teratur dan mengikut semua prosedur undang-undang.
Baca artikel lain: KESUMA kini giat lakukan agenda reformasi undang-undang – Ramanan
Bagaimanapun jelas beliau, siasatan seterusnya kini memfokuskan kepada elemen penipuan dan pemalsuan dokumen semasa proses pendaftaran pemain serta pengemukaan dokumen berkaitan kepada FIFA.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda,” katanya lagi.
Setakat ini, polis telah menerima 45 laporan termasuk satu laporan rasmi daripada FAM, selain merakam percakapan 43 orang saksi melibatkan FAM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan saksi awam bagi melengkapkan siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

