KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan menunggu laporan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung masalah yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, KBS mengambil pendekatan berhati-hati dengan meneliti setiap perkembangan sebelum membuat sebarang keputusan.
“Saya perlu menunggu laporan terperinci sebelum mengeluarkan sebarang komen atau pendirian rasmi daripada KBS berhubung isu yang membabitkan FAM, kerana kita mahu setiap kenyataan dibuat berdasarkan fakta serta maklumat yang lengkap.
“KBS sentiasa memantau setiap isu berbangkit dalam semua persatuan sukan, bukan hanya FAM,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir di daerah Kota Setar di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, hari ini.
Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa pembangunan bola sepak negara tidak boleh terhenti atau terjejas susulan krisis yang sedang melanda.
Menurutnya, sukan itu merupakan medium penyatuan rakyat serta wadah perpaduan nasional yang amat diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat.
“Kita mahu memastikan bola sepak terus menjadi sukan yang menyatukan rakyat.
“Pembangunannya tidak boleh diganggu gugat, dan KBS akan sentiasa meneliti setiap isu berkaitan dengan penuh tanggungjawab serta dalam batas yang ditetapkan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

