Wanita rugi RM10,000, wang meniaga disimpan dalam kereta lesap

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG wanita rugi RM10,000 selepas beg galas mengandungi wang tunai yang disimpan di dalam kenderaannya di tepi pasar raya di Kupang, Baling, hilang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, pada hari kejadian, pengadu mendakwa meletakkan Toyota Avanza pada 8.30 pagi dan meninggalkan beg galas itu untuk membeli barang keperluan.

“Selesai membeli barang, pengadu terus balik ke rumah dan menyedari beg galas itu hilang dan tiada dalam kenderaannya itu.

“Pengadu mengalami kehilangan wang tunai RM10,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera baharu

Susulan daripada itu, Brandon berkata, satu siasatan telah dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling berhubung kejadian tersebut.

“Pemeriksaan rakaman CCTV di tempat mendapati seorang lelaki yang dipercayai warga tempatan berusia antara 20-an hingga 30-an membuka pintu hadapan bahagian penumpang kenderaan dan melarikan beg galas berkenaan.

“Wang tunai yang hilang adalah hasil perniagaan pengadu yang mahu disimpan di dalam bank,” katanya lagi.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MCMC sita 6,916 unit kelengkapan komunikasi tidak diperakui bernilai RM2.06 juta

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyita sebanyak 6,916 unit kelengkapan komunikasi yang disyaki tidak diperakui dengan anggaran...

More Articles Like This