Mahkamah rekod Perintah Persetujuan selepas permohonan maaf Murray Hunter dalam kes fitnah MCMC

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MURRAY Hunter (MH) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memasuki satu Perintah Persetujuan melalui prosiding dalam talian di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam hari ini, di hadapan Hakim, Noor Hayati Mat. 

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, perintah berkenaan direkodkan dalam satu tindakan saman fitnah yang difailkan oleh MCMC terhadap MH.

Jelas MCMC, ia susulan penerbitan kenyataan berunsur fitnah oleh MH terhadap MCMC dan pihak-pihak berkaitan melalui platform dalam taliannya. 

“Perintah Persetujuan tersebut juga merupakan sebahagian daripada Perjanjian Penyelesaian bertarikh 12 Januari ini yang dimasuki oleh kedua-dua pihak, berhubung prosiding jenayah terhadap MH di Thailand, yang juga berpunca daripada penerbitan kenyataan berunsur fitnah oleh MH terhadap MCMC melalui platform dalam taliannya. 

“Perintah Persetujuan tersebut dimasuki susulan permohonan maaf terbuka oleh MH serta penurunan penerbitan berunsur fitnah tersebut daripada platform dalam taliannya,” jelas MCMC.

Kenyataan itu menambah, MH juga telah mengesahkan aku janjinya di dalam Perintah Persetujuan tersebut untuk tidak mengulangi penerbitan kenyataan berunsur fitnah tersebut atau kandungan yang serupa berhubung MCMC dan pihak-pihak berkaitan.

Tegas MCMC, agensi itu memandang serius sebarang kenyataan palsu dan fitnah, dan akan terus mengambil langkah yang sewajarnya bagi melindungi integriti MCMC serta memastikan akauntabiliti berhubung penerbitan yang melulu dan tidak bertanggungjawab sedemikian. 

Kenyataan itu menambah, dalam prosiding dalam talian hari ini, MCMC diwakili oleh Datuk Selva Mookiah dan Nurshafiqa Balqish Jaffri, manakala MH mewakili dirinya sendiri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This