ORANG ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil tindakan sendiri merobohkan sebarang binaan rumah ibadat haram, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Tegas beliau, tindakan itu boleh mencetuskan rusuhan antara kaum walaupun binaan haram itu dibina atas tanah milik pihak yang ingin merobohkannya.
Katanya, orang ramai perlu semua pihak tidak boleh mengambil tindakan sendiri tanpa melalui proses mahkamah berdasarkan Kanun Tanah Negara dan undang-undang berkait tanah.
Jelas beliau, mengambil kira aspek keselamatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor telah memutuskan beberapa perkara.
“Mana-mana pemilik tanah yang mendapati pencerobohan telah berlaku dan rumah ibadat dibina tanpa kelulusan; laporan polis perlu dibuat. Ini akan membolehkan pihak polis menyiasat dan sekiranya terbukti, proses pendakwaan bagi kesalahan pencerobohan akan bermula.
“Hantar notis kepada pihak penceroboh dan maklumkan secara rasmi kepada Pejabat Daerah. Jawatankuasa Keselamatan Daerah (JKD) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah telah diaktifkan di semua daerah di Selangor.
“JKD sebagai pengantara akan memanggil semua pihak termasuk pemilik tanah, pemilik rumah ibadat, PDRM, dan PBT bagi mencapai penyelesaian yang munasabah,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga: Penahanan aktivis yang merobohkan rumah ibadah haram menimbulkan persoalan – Wan Ahmad Fayhsal
Mengulas lanjut, Amirudin berkata, sekiranya proses itu tidak membuahkan hasil, JKD akan menasihatkan supaya proses mahkamah diteruskan oleh pemilik tanah.
Katanya, pendekatan itu digunakan supaya keseluruhan proses ini melibatkan pihak berkuasa dan mengelakkan daripada sebarang insiden yang mampu mencetuskan rusuhan untuk berlaku.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

