Wan Ahmad Fayhsal, dua lagi Ahli Parlimen Bersatu turut dipecat keahlian parti

Dari Penulis

SERAMAI 17 pemimpin Bersatu dipecat keahlian mereka menurut keputusan oleh Lembaga Disiplin parti itu.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan menerusi notis bertarikh 13 Februari.

Notis ‘Makluman Keputusan Lembaga Disiplin Terhadap Laporan Pelanggaran Perlembagaan’ itu memaklumkan Lembaga Disiplin telah menerima aduan bertulis terhadap responden terbabit berhubung pelanggaran peruntukan Perlembagaan dan Kod Etika Tatakelakuan ahli parti.

“Sehubungan itu, Lembaga Disiplin telah melaksanakan tugas-tugasnya bawah Tatacara Pengurusan Kes Disiplin Bersatu pada 12 Februari 2026 dan seterusnya membuat keputusan selaras dengan peruntukan Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu.

“Mana-mana ahli yang didapati bersalah melanggar disiplin parti dan dijatuhi hukuman, berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini,” menurut notis itu.

Selain Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut, tiga lagi Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut dipecat, menurut notis berkenaan.

Tiga Ahli Parlimen itu ialah Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang); Kapten Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik).

Dua ADUN yang dipecat pula ialah ADUN Sungai Manik yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.

Seterusnya, sembilan Ketua Bahagian Bersatu turut dipecat, setakat ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas utus surat kepada Bersatu, beri cadangan perkukuhkan PN – Muhyiddin

PAS dilaporkan menghantar surat kepada Bersatu berkenaan hubungan di antara kedua-dua buah parti, selain cadangan-cadangan untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional...

More Articles Like This