Amalan cerapan anak bulan Malaysia guna pakai pendekatan teliti, berteraskan amanah – Zulkifli

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

AMALAN cerapan anak bulan atau hilal bagi menentukan tarikh bermula Ramadan yang dilaksanakan Malaysia mengguna pakai pendekatan teliti, berautoriti dan berteraskan amanah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hassan berkata, di sinilah, dengan penuh tawaduk dan disiplin ilmu, menyaksikan bagaimana syariat serta sains berpadu.

“Saya sempat hadir Majlis Cerapan Hilal di Menara Kuala Lumpur – salah satu daripada 29 lokasi rasmi cerapan di seluruh negara.

“Malaysia mengguna pakai kriteria Imkanur Rukyah dalam mengesahkan kenampakan anak bulan – suatu pendekatan yang teliti, berautoriti dan berteraskan amanah.

“Apabila hilal disahkan, maka bermulalah perjalanan jiwa kita menuju takwa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Baca artikel lain: Polis giat kesan 4 lelaki curi kabel di Semenyih

Zulkifli berkata, Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, ia merupakan madrasah tarbiah jiwa.

“Ia bulan muhasabah, bulan keampunan, bulan di mana setiap detik adalah peluang untuk kembali kepada Allah Subhanhu wa-Ta’ala.

“Hilal yang kecil di ufuk langit itu mengingatkan kita – hidup ini juga singkat. Maka jangan kita sia-siakan Ramadan yang hadir setahun sekali ini tanpa perubahan dan peningkatan iman.

“Semoga Ramadan 1447H ini menambah berkat pada ilmu, melipatgandakan amal, melembutkan hati dan mendekatkan kita kepada reda Ilahi. Selamat menyambut bulan penuh rahmat,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This