DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil langkah tegas dengan tindakan sitaan terhadap aktiviti penjajaan air balang di sekitar Dataran Merdeka, Sabtu lalu.
DBKL dalam kenyataan memaklumkan, tindakaan sitaan itu dilaksanakan oleh petugas DBKL selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
“Adalah diingatkan bahawa Dataran Merdeka merupakan kawasan larangan menjaja bagi menjaga imej, kebersihan serta nilai warisan kawasan ini yang menjadi kebanggaan warga kota dan pelancong.
“DBKL ingin mengingatkan para pengunjung agar tidak membeli daripada penjaja haram serta bersama-sama memainkan peranan menjaga kebersihan dan menghargai keindahan persekitaran.
“Kerjasama semua pihak amat dihargai demi memastikan Dataran Merdeka dan kawasan sekitar berada dalam keadaan bersih , selamat dan sejahtera untuk dikunjungi,” jelas DBKL.
Baca juga: Khemah ‘dakwah’ diturunkan kerana langgar peraturan – DBKL
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

