SEBANYAK lima buah khemah di Bazar Raya Stadium di Alor Setar musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, panggilan kecemasan diterima pada 11.25 pagi sebelum lapan anggota dari BBP Alor Setar dikerahkan ke lokasi kejadian.
Api berjaya dikawal pada 11.37 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada 12.36 tengah hari.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

