70 rakyat Malaysia menetap di Hotel Mira Ajyad selamat

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KESEMUA 70 rakyat Malaysia yang menetap di Hotel Mira Ajyad di Makkah kini berada dalam keadaan selamat susulan insiden kebakaran yang berlaku kira-kira 5 petang semalam waktu tempatan.

Kementerian Luar memaklumkan bahawa maklumat awal menunjukkan kira-kira 70 orang jemaah Malaysia di bawah kelolaan TH Travel, Zahafiz Travel dan Rayhar Travel menginap di hotel tersebut.

Jelasnya, ketiga-tiga agensi berkenaan mengesahkan bahawa kesemua jemaah Malaysia di bawah pengurusan mereka berada dalam keadaan selamat dan telah dikenal pasti.

“Sebaik sahaja menerima maklumat mengenai insiden tersebut, kementerian melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, telah segera berkoordinasi dengan pihak berkuasa Arab Saudi.

“Pada peringkat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa Arab Saudi.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh setakat ini, tiada petunjuk bahawa insiden tersebut berpunca daripada serangan dron atau sebarang unsur sabotaj,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Atas faktor keselamatan, katanya lagi, para tetamu tidak dibenarkan kembali ke bilik masing-masing sementara siasatan dan pemeriksaan keselamatan dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ujarnya, sekiranya terdapat kelewatan dalam mendapatkan kebenaran untuk kembali ke hotel, pihak pengurusan bersama agensi pelancongan masing-masing akan mengatur penginapan sementara bagi tetamu yang terjejas.

“Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, akan terus memantau situasi ini dengan rapat dan kekal berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi serta agensi pelancongan Malaysia.

“Jemaah Malaysia yang kini berada di Makkah dinasihatkan supaya kekal tenang dan patuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan serta agensi pelancongan masing-masing.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah di Tel: +966 126 727 740 | +966 573 099 589 E-mel: [email protected],” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This