DUA kanak-kanak berusia dalam lingkungan empat hingga enam tahun ditemukan dalam keadaan separa sedar selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah unit apartment di Taman Megah Emas, Petaling Jaya, pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 10.37 pagi tadi.
Katanya, laporan oleh komander operasi menyatakan kebakaran melibatkan sebuah rumah apartment terbakar di tingkat tiga.
“Rumah berkenaan terbakar 50 peratus di bahagian ruang tamu. Hasil pemeriksaan lanjut, anggota menjumpai dua kanak-kanak iaitu seorang lelaki dan perempuan di sebuah bilik dalam keadaan separa sedar.
“Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dan dirawat oleh anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebeljm dihantar ke Hospital Kelana Jaya Medical Centre (KJMC),” katanya.
Beliau menambah, kedua-dua mangsa kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

