Pakar Iran ramal minyak cecah AS$150 setong jika perang berlarutan 10 hari lagi

Dari Penulis

PAKAR Strategi Tenaga Institusi Kejuruteraan dan Teknologi Iran, Mahdi Arabsadegh meramalkan harga minyak akan mencecah AS$150 (RM590.79) setong di pasaran global jika perang berterusan selama 10 hari lagi.

Mahdi memberitahu agensi berita Fars bahawa penutupan Selat Hormuz oleh Iran telah menghalang laluan 21 juta tong minyak setiap hari sejak permulaan perang dan telah menjejaskan bekalan secara drastik.

Beliau menyatakan bahawa harga minyak berada pada kadar AS$65 (RM256.01) setong sebelum selat ditutup, dan ia meningkat mendadak kepada AS$119 (RM468.69) walaupun Amerika Syarikat (AS) berusaha untuk mengekalkan harganya.

Dalam pada itu, sejak perang bermula empat minggu lalu, lebih 200 bandar di Iran telah diserang oleh AS dan sekutunya Israel, dengan jumlah korban melebihi 1,400 orang.

Antara kawasan yang menjadi sasaran utama adalah seperti ibu pejabat tentera, balai polis, bangunan kerajaan – kawasan kediaman juga turut diserang.

Turut diserang adalah rumah dan pangsapuri milik orang awam, sekolah, hospital dan juga bangunan milik Bulan Sabit Merah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This