Honda Civic langgar 5 kereta di KLIA, pemandu ada 31 rekod jenayah ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki warga tempatan yang memiliki 31 rekod jenayah lampau berjaya ditahan selepas cuba melarikan diri menggunakan kereta jenis Honda Civic di laluan terminal Aras 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Kejadian yang turut tular di media sosial itu turut menyebabkan lima kenderaan awam rosak akibat dilanggar suspek berusia 30 tahun berkenaan.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi memaklumkan, insiden itu berlaku kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Menurut Ravi, anggota peronda polis (MPV) yang melakukan rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan KLIA telah cuba menahan sebuah kenderaan jenis Honda Civic berwarna merah dipandu suspek.

Bagaimanapun, kata beliau, suspek kemudiannya enggan berhenti bagi menjalani pemeriksaan polis.

“Pemandu kenderaan tersebut telah cuba melarikan diri ke arah laluan Terminal Aras 3 KLIA hingga melanggar lima buah kenderaan awam yang berada di laluan tersebut.

“Suspek kemudiannya berjaya ditahan berdekatan dengan tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ravi berkata, semakan mendapati suspek turut mempunyai satu rekod kesalahan dadah yang masih dikehendaki.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 186/427 Kanun Keseksaan; Seksyen 15 (1) Akta Dadah Merbahaya dan di bawah kesalahan trafik.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sepang hari ini bagi tujuan permohonan tahanan reman,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi kira-kira lapan saat memaparkan sebuah Honda Civic berwarna merah bertindak melanggar beberapa kenderaan yang berada di sekitar laluan terminal KLIA.

Honda Civic tersebut bertindak sedemikian selepas dikejar pasukan peronda polis.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This