Tiga individu ditahan isu fitnah melampau terhadap Islam, PM & Institusi Diraja Johor

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

POLIS menahan tiga individu bersabit hantaran yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok mengandungi unsur hasutan, fitnah dan menghina agama Islam, Perdana Menteri, Institusi Diraja Johor, institusi agama dan Ketua Polis Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, ketiga-tiga individu berkenaan ialah seorang lelaki dan dua wanita tempatan.

Katanya, pada 29 Mac lalu jam lebih kurang 5 petang, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang telah melihat satu hantaran video dalam aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun ratunurputribalqis.

Jelad beliau, antara kandungan posting tersebut adalah seperti mendakwa bahawa Sultan Johor, Tengku Mahkota Johor dan Perdana Menteri mendapatkan nasihat daripadanya dalam penyediaan teks ucapan.

“Selain itu, video berkenaan turut memfitnah Sultan Johor menyimpan dokumen pengenalan dirinya bagi tujuan tertentu berkaitan ajaran yang dibawanya. 

“Video berkenaan turut membuat tuduhan ke atas Jabatan Agama Islam Negeri Johor terlibat dalam salah laku dan rasuah. 

“Individu dalam video itu turut menyatakan solat fardhu akan kembali kepada dua rakaat dan solat sunat satu rakaat,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Ab Rahaman berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan telah membuat tangkapan terhadap tiga individu terlibat di Taman Saujana, Johor Bahru. 

Katanya, semakan yang dibuat mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan ujian saringan awal air kencing yang dilaksanakan ke atas ketiga-tiga suspek berkenaan berkeputusan negatif. 

Di samping itu, katanya, polis juga telah membuat beberapa rampasan bagi membantu siasatan.

Menurut Ab Rahaman, permohonan tahanan reman ke atas ketiga-tiga suspek telah dipohon di Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam dan pihak majistret telah meluluskan tempoh tahanan reman selama empat hari bermula 31 Mac hingga 3 April ini.

Beliau berkata, kes disiasat megikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan. 

“Polis Johor memberi peringatan tegas kepada semua pihak agar tidak sesekali menyentuh atau membangkitkan isu 3R dalam apa jua bentuk yang boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian negara. 

“Pihak polis turut mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk terus menyalurkan sebarang maklumat jenayah kepada balai polis berhampiran dan talian hotline Polis Johor di talian 019-2792095 atau talian bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This