Jabatan Muzium Negara lancar Program Pendigitalan Koleksi dan Pameran Maya Muzium Alam Semula Jadi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

JABATAN Muzium Malaysia (JMM) hari ini secara rasmi melancarkan Program Pendigitalan Koleksi dan Pameran Maya Muzium Alam Semula Jadi. 

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Haslina Abdul Hamid di Galeri 2, JMM.

Haslina berkata, inisiatif digital ini merupakan langkah strategik JMM dalam mengintegrasikan teknologi terkini seperti Realiti Terimbuh (AR) dan Realiti Maya (VR) ke dalam sektor permuziuman negara. 

Katanya, sebanyak 255 koleksi telah berjaya didigitalkan, merangkumi 135 koleksi etnologi dan 120 koleksi alam semula jadi.

Antara artifak ikonik yang dipamerkan seperti bendera pertama Persekutuan Tanah Melayu, Piala Bola H.M.S Malaya, Celepa Diraja Terengganu termasuklah Patung Avalokiteshvara yang merupakan Objek Warisan Kebangsaan.

“Ia selaras dengan aspirasi kerajaan, yang mana inisitatif digital Jabatan Muzium Malaysia untuk mendigitalkan koleksi serta mengintegrasikan teknologi terkini seperti AR dan VR ke dalam pameran.

“Ada lapan segmen yang terlibat di dalam naratif sejarah yang kita bawa dalam pameran yang mengumpulkan spesimen dari Muzium Perak, Selangor dari zaman 1980 an sehinggalah penubuhan Muzium Negara pada tahun 1963.

“(120 koleksi alam semula jadi) melibatkan 32 mamalia, 35 burung, 20 serangga, 14 spesimen berdarah sejuk, enam marin dan juga 13 botani,” katanya ketika ditemui media, hari ini.

Katanya lagi, fasa pertama pameran ini memaparkan 120 spesimen dihasilkan melalui imbasan digital 3D daripada spesimen asal yang diawet.

Ujarnya, orang ramai boleh menikmati pengalaman ini secara fizikal melalui peralatan VR di muzium mahupun secara dalam talian melalui laman rasmi Pameran Maya Muzium Alam Semulajadi di  masvirtual360.jmm.gov.my.

“Di dalam itu (pameran maya) ada video dan ada juga cara bagaimana nak kita memulihara dan memelihara khazanah negara. Diajar cara-cara macam mana nak jaga artifak-artifak.

“Buat masa ini kita buat dalam bahasa Malaysia dan kita akan alih bahasa dalam bahasa Inggeris dan juga ke depan lagi dalam pelbagai bahasa,” katanya.

JMM menyasarkan purata 7,500 kunjungan maya sebulan dalam tempoh satu tahun pertama pelancaran.

Inisiatif ini diharap dapat menyuntik minat generasi Z dan Alpha terhadap ilmu taksonomi dan biodiversiti melalui medium digital yang lebih dekat dengan jiwa mereka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This