PETRA galak rakyat langgan Solar ATAP untuk tingkat kemampanan penggunaan tenaga

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN sentiasa prihatin akan keperluan rakyat untuk memenuhi kegunaan tenaga masing-masing disebabkan oleh situasi semasa yang tidak menentu akibat krisis tenaga global.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menegaskan, untuk meningkatkan kemampanan penggunaan tenaga secara kendiri, rakyat digalakkan untuk melanggan Solar Accelerated Transition Action Programme atau Solar ATAP.

Jelasnya, Solar ATAP telah dilancarkan pada 1 Januari lalu bertujuan untuk pengguna memasang solar di atas bumbung dan seterusnya mewujudkan nilai ekonomi melalui pengurangan kos tenaga, bukannya aliran tunai langsung.

“Ini selari dengan pendekatan Malaysia yang menekankan kecekapan tenaga dan mengoptimumkan penggunaan sendiri.

“Program ini dijangka boleh meningkatkan kemapanan kendiri tenaga dan seterusnya mengurangkan kesan ketidaktentuan harga elektrik semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PETRA memaklumkan permohonan untuk program ini boleh dibuat melalui laman web Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.

“Bagi kumpulan bukan domestik, terdapat pilihan pelbagai bentuk perolehan yang disediakan oleh syarikat-syarikat pemasangan solar di atas bumbung yang boleh dilaksanakan bersama program Solar ATAP.

“Ia seperti model solar leasing atau model rent to own yang tidak memerlukan pengguna mengeluarkan modal awal (upfront capital).

“Pengguna boleh mendapatkan senarai syarikat Pelabur Solar PV Berdaftar yang menawarkan perkhidmatan ini dan senarai syarikat Penyedia Perkhidmatan PV Berdaftar di laman web SEDA Malaysia,” katanya lagi.

Perkhidmatan PV Berdaftar di laman web SEDA Malaysia berikut:

  • Senarai Pelabur Solar PV Berdaftar:
    https://www.seda.gov.my/directory/registered-solar-pv-investorrpvi-directory/
  • Senarai Penyedia Perkhidmatan PV Berdaftar
    https://www.seda.gov.my/directory/registered-pv-service-providerdirectory/

Bagi membolehkan program Solar ATAP menjadi lebih terjangkau, PETRA sedang merangka penambahbaikan ke atas khususnya untuk pengguna domestik.

PETRA yakin bahawa semua inisiatif ini mampu membantu rakyat mengurangkan beban kos tenaga dan seterusnya menjadi pemangkin strategik dalam memperkukuh landskap tenaga negara untuk jangka masa yang panjang.

Ia selaras dengan dasar semasa kerajaan untuk memastikan elemen ‘Energy Trilemma’ iaitu keselamatan bekalan, mampu bayar dan kemampanan sentiasa terjaga untuk semua.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This