Amir Hamzah dipilih sebagai Presiden PKIBM bagi penggal 2026/2029

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KETUA Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa kekal menerajui Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) bagi penggal 2026/2029.

Amir Hamzah, 58, yang merupakan penyandang jawatan Presiden sejak empat penggal lalu menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM 2025 ke-26 yang berlangsung di kampus University College of Aviation Malaysia (UniCAM).

Perasmian acara tahunan itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Education Malaysia Global Services (EMGS), Novie Tajuddin.

PKIBM yang ditubuhkan sejak tahun 2000 merupakan persatuan tunggal berdaftar yang mewakili kepentingan dan menjunjung aspirasi 54 buah institusi pendidikan tinggi (IPT) swasta milikan Bumiputera dari seluruh negara yang diiktiraf Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pada sesi pemilihan setiap tiga tahun itu juga, Pengerusi University College of Aviation Malaysia, Prof. Dr. Kapten TUDM (B) Ab Manan Mansor turut dipilih semula sebagai Timbalan Presiden.

Presiden Universiti Geomatika Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mohaizi Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif East West International College, Prof Datuk Dr Abdul Murad Ahmad turut mengekalkan jawatan Naib Presiden 1 dan 2 yang disandang sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Murni International College, Dr. Ramlee Mohd Junus Ranaco serta Pengarah Shipping and Aviation College, Mohd Shafie Sarip masing-masing dipilih sebagai Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agung PKIBM.

Turut dilantik dalam pemilihan kali ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif MSU College, Mohd. Adnan Rosley sebagai Bendahari dan Ketua Pegawai Eksekutif College Felcra, Eisa bin Mohamed sebagai Penolong Bendahari.

Pada majlis yang dihadiri lebih 59 orang perwakilan mewakili 32 IPTS milikan Bumiputera yang menganggotai PKIBM, seramai tiga Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Canselor IPT turut dipilih perwakilan sebagai ahli jawatankuasa eksekutif bagi penggal 2026/2029.

Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Widad, Norhisyam Abd Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Teknologi A.N.S, Mohd Nasir Idris dan Naib Canselor IJN University College, Prof. Emerita Dr. Durrishah Idrus.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Kota Bharu, Seri Banun Bahtiar dan Ketua Eksekutif UniCAM, Prof. Madya Dr. Faiz Aizat Ab Manan pula diumumkan sebagai Auditor Kehormat 1 dan 2.

Dalam pada itu, turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif bagi penggal 2026/2029 ialah Ketua Pegawai Eksekutif International Islamic College, Shaik Faridhudheen Anverdeen; Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Muhammad Ihsan Lim Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Taj International College, Tina


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia perkukuh pengaruh pembentukan norma baharu perburuhan global

MALAYSIA terus memperkukuh peranannya secara aktif dalam ekosistem tadbir urus perburuhan global melalui penyertaan di Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC)...

More Articles Like This