Hina Sultan Selangor: Kes sedang disiasat, pelaku sudah dikenal pasti – JSJ Bukit Aman

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

POLIS melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran gambar penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarahnya Datuk M Kumar berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti pemilik atau pentadbir akaun disiasat iaitu Facebook Huayan The Pureland Learning Centre.

“Siasatan terhadap individu tersebut sedang dijalankan termasuk merampas peranti yang digunakan bagi membuat hantaran oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, setakat ini, sebanyak 21 laporan polis telah diterima berkaitan isu yang sama dari seluruh negara.

“Seramai 21 orang saksi termasuk individu-individu yang tampil membuat laporan polis telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kumar berkata, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan media sosial bagi maksud yang menyalahi undang-undang termasuk berkaitan isu 3R.

“Kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mempunyai limitasi, justeru orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This