15 kapal Global Sumud Flotilla 2.0 didakwa dipintas

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 15 kapal yang menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla 2.0 dilaporkan terputus komunikasi dan dipintas bot tentera rejim zionis Israel ketika berada di perairan antarabangsa.

Global Sumud Flotilla dalam satu kenyataan di Facebook memberitahu, semua peserta yang berada dalam kapal tersebut tidak dapat dikesan.

“15 kapal kami telah diculik – semua peserta di laut masih tidak dapat dikesan.

“Tuntut kebertanggungjawaban,” katanya.

Sebelum itu, Global Sumud Flotilla menegaskan, tindakan rejim Zionis itu turut disertai ancaman keganasan dan penculikan terhadap peserta misi.

“Misi kami kini dikepung oleh bot tentera Israel secara tidak sah di perairan antarabangsa, dengan ancaman penculikan dan keganasan,” menurut kenyataan itu.

Tambah GSF, memetik media Israel mendakwa tujuh kapal misi telah dipintas berhampiran pulau Crete, Greece.

Dalam masa sama, GSF menggesa masyarakat antarabangsa segera bertindak bagi melindungi flotila berkenaan serta memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

“Kerajaan-kerajaan perlu bertindak sekarang untuk melindungi flotila, memastikan akauntabiliti terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa dan situasi berterusan di Gaza,” tegasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat lelaki menyamar sebagai penjawat awam

POLIS menjalankan siasatan terhadap seorang lelaki disyaki menyamar sebagai penjawat awam yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kajang,...

More Articles Like This