SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyambung rakaman percakapan Datuk Seri Rafizi Ramli bagi hari kedua hari ini.
Rakaman percakapan itu adalah untuk membantu siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion di antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semi konduktor.
Rakaman percakapan tersebut dijalankan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya dan berlangsung selama kira-kira 9 jam.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, Rafizi telah tiba di Ibu Pejabat SPRM sekitar jam 10 pagi.
“Rakaman percakapan beliau pada hari kedua telah selesai kira-kira jam 7 malam.
“Rakaman percakapan akan bersambung untuk hari ketiga esok yang dijangka dibuat pada sebelah petang,” katanya.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

