Musyawarah Nasional bukan medan untuk semarakkan kebencian, perpecahan – Zahid

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MUSYAWARAH Nasional yang membawa tema ‘Keresahan Bangsa Melayu: Apakah Penyelesaiannya’ bukanlah medan untuk menyemarakkan rasa kebencian atau perpecahan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan ia diwujudkan sebagai ruang untuk bermuhasabah, membedah realiti secara matang, memisahkan antara persepsi dan fakta serta mencari penyelesaian secara berhemah.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua yang hadir, bertanyakan soalan serta berkongsi pandangan sepanjang berlangsungnya Musyawarah Nasional sebentar tadi.

“Jelas dapat dilihat bahawa kita semua mempunyai harapan yang sama iaitu mahu melihat bangsa ini terus maju, dihormati dan mempunyai masa depan yang lebih baik di tanah airnya sendiri,” katanya di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada kelima-lima pengerusi teras yang telah membentangkan dapatan, pandangan serta cadangan meliputi aspek agama, politik, ekonomi, pendidikan serta sosial dan budaya.

“Banyak perkara yang telah diketengahkan secara matang, berfakta dan penuh tanggungjawab demi mencari jalan ke hadapan yang lebih baik untuk bangsa dan negara.

“Moga segala usaha dan ikhtiar ini menjadi asbab kepada masa depan yang lebih baik buat agama, bangsa dan tanah air tercinta. Insya-Allah,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This