Senarai calon BN PRN Johor tular disahkan palsu, Onn Hafiz seru sikap tabayyun

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SATU senarai calon Barisan Nasional (BN) yang tular kononnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disahkan tidak benar dan palsu.

Justeru, Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru seluruh Bangsa Johor supaya mengamalkan sikap tabayyun.

Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Besar Johor menggesa orang ramai supaya menyemak fakta terlebih dahulu dan mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi sebelum menerima atau menyebarkan sesuatu berita.

“Marilah kita berpolitik secara matang, berakhlak dan bertanggungjawab.

“Jangan benarkan berita palsu memudaratkan keharmonian, kestabilan serta proses demokrasi di negeri Johor yang kita cintai,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu tular senarai nama calon BN yang akan bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, termasuk nama Onn Hafiz sendiri iaitu penyandang kerusi DUN Machap.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz memaklumkan, sebarang pengumuman rasmi berkaitan calon BN hanya akan dibuat melalui saluran rasmi parti.

“Saya mengambil maklum mengenai satu senarai calon BN yang sedang bertebaran di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

“Dalam bahang pilihan raya ini, sudah pasti akan ada pelbagai bentuk fitnah, khabar angin, provokasi dan berita palsu yang cuba dimainkan oleh pihak-pihak tertentu bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Isnin lalu, nn Hafiz mengumumkan pembubaran DUN Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bagi memberi laluan kepada PRN.

Onn Hafiz sebelum ini mengesahkan BN Johor akan meletakkan calon di semua 56 kerusi pada PRN ini.

Pada PRN 2022, BN memenangi 40 kerusi manakala Pakatan Harapan (12), Perikatan Nasional (3) dan MUDA (1).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar seru rakyat Johor tolak politik kebencian pada PRN

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Johor supaya menolak politik kebencian, perkauman dan perpecahan pada Pilihan Raya...

More Articles Like This