Pelakon Niezam Zaidi, pengarah filem dan penolong mengaku salah miliki dadah

PELAKON Muhamad Niezam Mohd Zaidi, bersama pengarah filem dan penolong pengarah yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kuala Kangsar hari ini mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dadah pada Ahad lalu.

KETIGA-tiga tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, hari ini. – Gambar Bernama

Muhamad Niezam, 28; pengarah filem, Mohd Latiff Zami, 49; serta penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 46; membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.

Muhamad Niezam didakwa ada dalam milikannya 1.15 gram (g) dadah jenis kanabis di sebuah rumah di Persiaran Jati, Taman Chandan Putri, di Kuala Kangsa, pada pukul 7.15 pagi pada 10 Oktober lalu.

Mohd Latiff dan Saiful Zaidrin pula masing-masing didakwa memiliki 0.3g dadah jenis kanabis serta 0.38g dadah jenis methamphetamine pada waktu, tarikh dan lokasi yang sama dalam pertuduhan ke atas Muhamad Niezam.

Muhamad Niezam dan Mohd Latiff didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

BERITA BERKAITAN Pelakon, pengarah dan penolong pengarah ditahan terlibat kes dadah di Kuala Kangsar

Menurut laporan BH Online, Saiful Zaidrin didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Intan Shafini Mior Shahrin.

Nur Syuhada memohon ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dikenakan masing-masing ke atas Muhamad Niezam serta Mohd Latiff; dan RM8,000 juga dengan seorang penjamin terhadap Saiful Zaidrin.

Namun, Intan Shafini memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan mengambil kira tanggungan ketiga-tiga tertuduh, selain kesemuanya turut hilang sumber pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin RM3,000 ke atas Muhamad Niezam, Mohd Latiff (RM2,600) dan Saiful Zaidrin (RM3,200) masing-masing dengan seorang penjamin.

Mohd Shazmeer juga menetapkan tarikh 1 Disember depan untuk sebutan semula kes ketiga-tiga tertuduh sementara menunggu laporan kimia. – Agensi

Pertama kali jumpa bakal suami di atas pelamin, 4.9 juta tonton debaran gadis ini bertunang dengan pilihan keluarga

0

SIAPA sangka tidak pernah kenal, tidak pernah bercinta apatah lagi berhubung melalui telefon, tiba-tiba sudah menjadi tunangan orang.

Rata-rata generasi kini lebih cenderung untuk mencari pasangan pilihan mengikut cita rasa sendiri sebelum beralih ke alam perkahwinan.

Ledakan aplikasi mencari jodoh seperti Tinder, Litmatch dan Omi juga membuatkan anak muda kini lebih mudah mencari pasangan yang mempunyai minat yang sama.

Namun berbeza dengan gadis yang dikenali sebagai Syahirah, 21, apabila rela hati menyerahkan soal memilih bakal suami kepada orang tua kesayangannya untuk mengikat tali pertunangan pada 8 Oktober lalu.

Melalui perkongsian video pendek di laman TikTok @mexgojes……….94 yang merupakan kakak kepada gadis tersebut, ia telah ditonton sebanyak 4.9 juta kali serta menerima lebih 439,000 tanda suka.

Bagi Syamimi atau selesa disapa Mek Gojes, perkongsian telatah tidak keruan adiknya pada hari pertunangan berlangsung telah mencuit hati warganet sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai detik awal pertemuan pihak lelaki dan keluarga wanita.

Syahirah bersama cincin tunang miliknya.

“Kakak kepada pihak lelaki merupakan rakan kepada mak saya. Pada awalnya, kakak tunang lelaki hanya datang suka-suka. Adik pula kebetulan tiada di rumah dan hanya ada mak saja yang pada ketika itu tengah tidur. Tak disangka rupanya pihak lelaki berkenan dengan adik saya dan membuat keputusan untuk membawa rombongan merisik,” ujarnya yang merupakan ahli perniagaan tudung kepada UtusanTV.

Tambahnya, pernah juga kakak pihak lelaki memberi “hint” untuk berbesan, tidak sangka memang betul-betul jadi kenyataan.

Namun, ibunya tetap menyerahkan keputusan kepada tuan badan dan dengan senang hati diterima oleh pihak wanita setelah berfikir panjang.

“Adik terima lamaran pihak lelaki dan dia percaya kepada pilihan terbaik mak,” ujarnya gembira.

Baca artikel berkaitan: Ketuat ‘gergasi’ di jari hantu, warganet tampil bantu gadis buntu selepas makin membesar

1 juta saksikan pemuda ini bakar cek RM15,000 selepas majlis kahwin dirancang tak kesampaian

@mexgojes……….94

Taknak keluar jumpa tunang ? #jodohku #MakCarikanJodoh #Fyp #fypdongggggggg

? the psycho intro gone wrong ?? – Arielle

Seminggu selepas rombongan merisik datang ke rumah, majlis pertunangan dilangsungkan dengan sederhana dan segala perancangan berjalan dengan lancar.

Sudah mempunyai perancangan untuk disatukan selepas perayaan Tahun Baru Cina, Mek Gojes berkata, adiknya yang pertama kali bertemu tunang lelaki berusia 29 tahun itu di tidak pernah memikirkan soal rupa atau harta malahan hanya berharap bakal suami mampu membimbing ke jalan yang lebih baik.

“Lebih baik bercinta selepas dah berkahwin. Tidak perlu bertunang terlalu lama. Adik juga sudah reda dan kami anggap jodoh adik sudah sampai,” kata Syamimi.

Tambah Mek Gojes, hanya Syahirah sahaja yang dijodohkan melalui pilihan keluarga dan adik-beradik lain memilih pasangan mengikut cita rasa sendiri.

Syahirah yang merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik sehingga kini masih tidak percaya sudah menjadi tunangan orang dan berharap semoga urusan untuk ijab kabul berjalan dengan lancar.

Sekadar mengabadikan video lucu di aplikasi TikTok, Syamimi sama sekali tidak menyangka apabila mendapat 1 juta tontonan dalam tiga jam pertama dimuat naik.

Antara komen warganet

Rata-rata warganet juga turut terhibur akan gelagat gadis kelahiran Kelantan ini dan ada yang mahu mengikut jejak langkah mengikut jodoh pilihan keluarga.

“mesti dalam kepala dia cakap don’t leave me aloneee madahh,” usik @budakbaikuser_

“kalau akuuu dah duduk atas bumbung nangis hahaha,” respon @ainjalil_aj.

“aku je ke suka kalau mak aku yang carikan jodoh sebab takda laki minta aku ahahhaha,”tambah @megggg-55

Syamimi sempat menitipkan pesanan kepada mereka yang mengalami nasib dalam jodoh pilihan keluarga untuk terima takdir yang ditentukan dan berserah kepad Allah melalui jalan istikharah kepada-Nya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram

Shahril Hamdan dilantik Pengarah Ekonomi Pejabat PM

KETUA Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dilaporkan telah dilantik sebagai Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri.

Ia selepas gambar beliau menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tular dalam media sosial sejak semalam.

Memetik portal UMNO Online, Shahril bertekad melaksanakan tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin.

Pada masa yang sama, beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah memberi kepercayaan untuk memikul amanah tersebut.

Shahril turut melahirkan penghargaan sama kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana merestui pelantikan berkenaan.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri atas pelantikan dan kepada Ahmad Zahid atas restu.

“Insya-Allah saya akan laksana tugas sebaik mampu membantu pasukan ekonomi yang sedia ada dan cuba menyumbang ke arah pemulihan ekonomi makro serta rakyat,” katanya dalam laporan berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Najib disebut-sebut bakal dilantik penasihat ekonomi bertaraf menteri

Sebagai rekod, Shahril merupakan lepasan jurusan Ekonomi di University of Manchester di bawah tajaan biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2008.

Beliau kemudiannya meneruskan pembelajarannya di peringkat sarjana dalam bidang Etnik Kaum dan Kajian Pasca-kolonial di London School of Economics and Political Science dengan bantuan biasiswa penuh Chevening daripada Jabatan Luar dan Komanwel Britis.

Sebelum ini, terdapat ura-ura bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri.

Namun begitu, dengan pelantikan Shahril, tidak dapat dipastikan sama ada Perdana Menteri akan tetap melantik Najib bagi mengisi jawatan itu atau pun tidak.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram

PM tak mampu tahan sebak bentang isu kemiskinan

KEBIASAANNYA, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan individu yang selalu kelihatan tenang ketika memberi ucapan di Dewan Rakyat mahu pun Dewan Negara.

Bagaimanapun, hari ini beliau tidak mampu menahan perasaan sebak sewaktu mengimbau kepayahan dan keperitan hidup zaman kanak-kanaknya yang lahir daripada keluarga penoreh getah.

Semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bertemakan Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif dan Mampan di Dewan Negara, nada suara Ismail Sabri tersekat-sekat menahan sebak sehingga beliau terpaksa berhenti berucap beberapa kali.

Ismail Sabri beremosi dan dilihat menyeka air mata sewaktu membaca perenggan ke-42 ucapan beliau.

“Isu kemiskinan sangat dekat di hati saya. Dilahir dan membesar daripada keluarga penoreh getah, saya sangat memahami kesusahan dan kepayahan hidup rakyat.

Baca artikel berkaitan: Kerangka jaringan keselamatan ekuiti pastikan jual saham kepada bumiputera lain

“Pandemik COVID-19 yang telah melanda telah meningkatkan kadar kemiskinan, menjejaskan pendapatan individu dan isi rumah seterusnya menghimpit keluarga kita dalam kemiskinan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pertubuhan masyarakat sivil (CSO), badan korporat, orang perseorangan dan majlis agama Islam negeri yang sentiasa prihatin dan menyokong kerajaan dalam membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik,” kata beliau.

Rancangan Malaysia dari tahun 2021 hingga 2025 itu sebelum ini telah diluluskan di Dewan Rakyat, Khamis lalu selepas dibentang pada 27 September dan dibahas oleh 106 Ahli Parlimen.

Ia akan melalui sesi perbahasan Ahli Dewan Negara sebelum diluluskan di peringkat Dewan Negara.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram

Cerai: Lima permohonan setiap jam, 21 kes sehari

SEBANYAK lima permohonan cerai diterima daripada pasangan Islam dalam tempoh satu jam setiap hari di seluruh negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, terdapat 21 kes penceraian berlaku melibatkan pasangan Islam setiap hari manakala bukan Islam, 18 kes sehari.

“Sedang kita bercakap dalam dewan (Rakyat) ini, ada orang yang memohon cerai, maksudnya begitulah dia punya konteks dan suasana. Kita pun risau.

“Sebab itulah saya percaya walaupun bukan dalam bidang kuasa atau konteks Parlimen dan Undang-Undang, banyak sistem sokongan (diberikan) yang bukan sahaja berada di bawah kementerian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) yang bertanyakan kadar kes perceraian berlaku sejak Mac 2020 hingga kini.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati memberitahu, sebanyak 66,440 kes permohonan cerai difailkan di mahkamah syariah seluruh negara bermula awal pandemik Covid-19 iaitu Mac tahun lalu sehingga Ogos tahun ini.

Menurutnya, Selangor merekodkan daftar kes permohonan cerai tertinggi iaitu sebanyak 12,479 kes, diikuti Johor 7,558 kes serta Kedah pula 5,985 kes.

“Kelantan juga merupkan negeri tertinggi permohonan cerai iaitu 5,982 kes, Perak (5,921), Terengganu (5,098), Pahang (5,058), Sabah (4,010), Wilayah Persekutuan (3,854) dan Negeri Sembilan (3,473).

“Selaon itu, sebanyak 2,978 kes penceraian difailkan di Pulau Pinang, Melaka (2,402), Perlis (1,081), dan Sarawak pula 561 kes.

Bagaimanapun Mas Ermieyati menjelaskan, statistik daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia itu hanya menunjukkan bilangan kes permohonan cerai yang difailkan, sekali gus tidak bermakna kesemua permohonan kes tersebut diluluskan dan berakhir dengan perceraian.

Pada masa sama katanya, pendaftaran kes cerai bagi masyarakat Islam adalah di dalam kawalan dan bidang kuasa Jabatan Agama Islam (negeri).

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata, jumlah kes perceraian bagi golongan bukan Islam di seluruh negara yang difailkan bagi tempoh sama adalah sebanyak 10,346 kes.

“Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,160 kes, diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,893 kes dan Perak sebanyak 1,209 kes,” tambahnya.

Kerajaan sedang muktamadkan Pelan Pelaksanaan Dasar – PM

KERAJAAN sedang memuktamadkan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) di bawah penyelarasan Unit Perancang Ekonomi (EPU) menjelang bulan hadapan bagi memastikan pencapaian hasil yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pelan Pelaksanaan Dasar itu menjajarkan strategi dan inisiatif dengan petunjuk prestasi utama (KPI) serta kementerian dan agensi penyelaras serta pelaksana yang bertanggungjawab.

“Satu jawatankuasa pemantauan akan ditubuhkan dan akan dipengerusikan oleh saya sendiri untuk memantau pelaksanaan RMK-12 dengan rapi.

“Saya akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pemantauan pertama pada pertengahan bulan November ini.

“Saya juga mengalu-alukan maklum balas daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian berhubung cadangan pelaksanaan dasar dan strategi RMK-12 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan RMK-12 di Dewan Negara hari ini.

Rancangan Malaysia dari tahun 2021 hingga 2025 itu sebelum ini telah diluluskan di Dewan Rakyat, Khamis lalu selepas dibentang pada 27 September dan dibahas oleh 106 Ahli Parlimen.

Baca artikel berkaitan: Kerangka jaringan keselamatan ekuiti pastikan jual saham kepada bumiputera lain

Ia akan melalui sesi perbahasan Ahli Dewan Negara sebelum diluluskan di peringkat Dewan Negara.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 29 Oktober ini akan memperincikan butiran program dan projek.

Kata beliau, ia bagi melaksanakan strategi dan inisiatif di bawah RMK-12 serta akan menyokong pencapaiannya.

“Saya optimis dengan tanda-tanda pemulihan ekonomi pada masa ini serta agenda pembangunan negara dalam RMK-12 dan inisiatif Belanjawan 2022 yang akan diumumkan sedikit masa lagi.

“Kita mampu untuk memacu negara ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram

Empat hari turun, kes baharu naik sedikit kepada 7,276

SELEPAS merekodkan penurunan ketara jangkitan baharu COVID-19 selama empat hari berturut-turut, kes pada hari ini bagaimanapun naik sedikit.

Kes baharu pada hari ini naik sedikit kembali melepasi paras 7,000.

Sebanyak 7,276 penularan telah dilaporkan di seluruh negara setakat tengah hari tadi.

Bagaimanapun, jumlah tersebut masih sejajar dengan trend penurunan sejak lebih sebulan lalu, hasil peningkatan kadar vaksinasi seluruh negara.

Kes baharu mula menunjukkan penurunan sejak empat hari lalu dengan kekal berada di bawah paras 10,000.

Semalam, kes baharu turun kepada 6,709 semalam iaitu kali pertama kes COVID-19 dilaporkan di bawah angka 7,000 dalam tempoh 100 hari.

Jangkitan COVID-19 mula turun ke paras empat angka pada 3 Oktober lalu dengan 9,066 kes telah dilaporkan.

Menurut perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kumulatif jangkitan COVID-19 di Malaysia berjumlah 2.35 juta kes.

“Sehingga 12 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,276 kes (2,353,579 kes).

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya menerusi media sosial miliknya hari ini.

Baca artikel berkaitan: 6,709 kes baharu, kali pertama kes bawah 7,000 sejak 5 Julai

Buat hari ketiga juga tiada perincian kes mengikut negeri dikongsikan dengan data tersebut akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW.

Berdasarkan kes yang dilaporkan semalam dalam laman web COVIDNOW, Sarawak masih menjadi penyumbang tertinggi selepas 1,037 jangkitan dikesan.

Ia diikuti Kelantan yang mencatatkan 938 kes; Johor (777 kes) dan Selangor sebanyak 671 kes.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram

Kerangka jaringan keselamatan ekuiti pastikan jual saham kepada bumiputera lain

KERANGKA jaringan keselamatan ekuiti yang akan diperkenalkan kerajaan adalah untuk memastikan penjualan saham atau syarikat milik agensi mandat bumiputera hanya ditawar kepada bumiputera lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malah menegaskan, cadangan itu tidak akan mengambil hak kepentingan kaum lain.

Pada masa sama, kata beliau, syarikat swasta tidak akan tertakluk kepada cadangan kerajaan untuk memperkenalkan kerangka jaringan keselamatan ekuiti bumiputera.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, syarikat swasta tertakluk kepada peraturan sedia ada di bawah kawal selia sektor berkenaan.

“Kerangka ini akan diperkenalkan supaya penjualan saham atau syarikat milik agensi mandat bumiputera hanya ditawar dan dijual kepada konsortium, syarikat atau individu bumiputera yang lain.

“Antara agensi mandat bumiputera ini adalah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang menyumbang peratusan terbesar kepada pemilikan ekuiti bumiputera serta Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas).

“Ini bagi memastikan penjualan saham dan syarikat oleh syarikat tempatan kepada pemilik asing akan dapat dikawal dan seterusnya memastikan pemilikan ekuiti bumiputera tidak terhakis,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Kerangka jaringan keselamatan ekuiti bumiputera tidak libat hak kaum lain – Mustapa

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memaklumkan, Akta Syarikat 2016 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 juga sedang ditambah baik.

Katanya, ia bagi membolehkan pemilik sebenar saham di bawah pegangan nomini dikenal pasti.

Perdana Menteri berkata, pada masa ini pegangan nomini tidak disyaratkan untuk mendedahkan pemilik sebenar saham.

“Sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat bumiputera masih belum tercapai.

“Status pemilikan ekuiti sektor korporat berasaskan nilai pasaran tahun 2019 merekodkan pegangan bumiputera hanya mencapai 17.2 peratus; bukan bumiputera (25 peratus); pegangan asing (45.5 peratus) dan nomini (12.3 peratus),” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram

89 peratus pelajar tajaan Mara golongan B40 – Mahdzir

SEBANYAK 89 peratus pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) merupakan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang mempunyai minda kelas pertama dan bertaraf global.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Mara telah menaja seramai 50,555 pelajar sehingga 30 September lalu.

Kata beliau, ia merangkumi 44,994 pelajar golongan B40; 5,055 atau 10 peratus daripada golongan M40 dan hanya satu peratus atau 506 sahaja pelajar T20.

Mahdzir memaklumkan, pelaksanaan dasar itu telah bermula di peringkat pengambilan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), kemasukan pelajar ke institusi pendidikan Mara (IPMA) dan juga program penajaan pelajaran.

“Mara sejak dahulu lagi mengamalkan dasar yang memberi keutamaan kepada golongan B40 dan penduduk luar bandar bagi akses kepada pendidikan yang lebih baik.

“Melalui program pengajuran pelajaran ini, ia merupakan strategi serampang dua mata yang bukan sekadar memberi tumpuan dan peluang kepada pelajar miskin serta luar bandar tetapi turut menjamin keperluan guna tenaga dan modal insan negara dapat dipenuhi selaras dengan perkembangan teknologi serta industri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, Mara juga menyediakan penajaan pelajaran di institusi dalam dan luar negara berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar cemerlang bermula daripada program persediaan sehingga ke peringkat doktor falsafah (PhD).

Baca artikel berkaitan: Orang Melayu tidak perlu banyak parti politik – Mahdzir

Kata beliau, ia termasuk kursus-kursus pentauliahan profesional, kepakaran dan program-program kritikal yang diselaraskan mengikut keperluan negara pada masa hadapan.

Bagi tahun ini, Mahdzir berkata, Mara menyediakan peruntukan untuk membiayai 60,000 pelajar merangkumi 35,000 pelajar sedia ada dan 25,000 lagi pelajar baharu.

“Pemilihan pelajar bagi mengikuti program penajaan ini bukan hanya tertumpu dari aspek status sosio ekonomi (SES) keluarga sahaja, tetapi turut mengambil kira kecemerlangan akademik, kebolehan pelajar yang dinilai melalui ujian psikometrik, ko-kurikulum serta status institusi pendidikan dan program yang dipilih.

“Peratusan itu juga jelas menunjukkan bahawa kementerian bersama Mara sememangnya memberikan keutamaan kepada anak-anak dari keluarga B40 sekali gus menafikan dakwaan tajaan Mara lebih mengutamakan pelajar dari keluarga T20.

“Saya mohon kepada orang ramai untuk merujuk Mara terlebih dahulu sekiranya terdapat dakwaan tidak berasas daripada pihak tertentu,” jelas Mahdzir.

Terbaharu, Mara menghantar 215 pelajar tajaannya ke United Kingdom dibawah program Young Talent Development Program (YTP), IPMA Excellent Sponsorship Program (IESP) dan World Top University (WTU).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram

Ketuat ‘gergasi’ di jari hantu, warganet tampil bantu gadis buntu selepas makin membesar

0

BERMULA dengan saiz agak kecil, tetapi lama-kelamaan membesar sehingga sukar disorok membuatkan Munierah hilang keyakinan diri terutama ketika berdepan dengan pelanggan yang mengunjungi tempat kerjanya.

Pengalaman itu ternyata memberikan ketidakselesaan pada Munierah yang terpaksa sorok ketuat pada jari hantu kirinya selama lima bulan.

Kisah Munierah yang dikongsinya di platform TikTok telah meraih simpati lebih 3.3 juta warganet yang bertindak berkongsi pelbagai petua bagi membantunya supaya segera dapat membuang ketuat tersebut.

“Sejujurnya, saya sendiri pun xpasti apa punca jari saya boleh jadi macam itu, tapi sumpah sakit giler. Kadang-kadang nak tidur pun tak boleh bila dia (ketuat) denyut. Kalau terlanggar apa-apa sikit pun boleh nangis,” kata Munierah kepada UtusanTV.

Gadis berusia 25 tahun berasal dari Kelantan dan kini menetap di Johor Bahru sehingga kini tidak tahu daripada mana punca ketuat tumbuh di jarinya.

Katanya, setiap kali jarinya itu terkena air, ketuat tersebut semakin membesar hari demi hari sehinggakan dia sendiri mula rasa tidak selesa.

“Saya ingat tiada apa-apa..so saya biarkan sahaja sampai dia semakin membesar… ada cuba juga cucuk dengan jarum..tapi takde keluar apa-apa,” tambahnya.

Baca artikel berkaitan: 1 juta saksikan pemuda ini bakar cek RM15,000 selepas majlis kahwin dirancang tak kesampaian

‘Belajar pandai-pandai, kerja buat sambal kentang je’, kekyahkentang tak kisah mulut orang selepas jelajah lebih 43 buah negara

@munieycheq

Hmmm ??#fyp? #foryourpage #fyp #trending #insecure

? original sound – 🙂

Ujarnya, rakan-rakan ada menyuruh ke klinik, tetapi disebabkan tidak suka berjumpa doktor dia mendiamkan diri sebelum menyedari keadaannya semakin teruk.

“Saya ada beli sejenis ubat di farmasi seperti yang disuruh doktor. Alhamdulillah sekarang semakin baik,” katanya.

Sementara itu, dalam video singkat berdurasi 19 saat yang dikongsi oleh @munieycheq di aplikasi TikTok telah membuka ruang kepada warganet untuk berkongsi mengenai kesukaran menghilangkan masalah ketuat yang memakan masa agak lama.

“Itu abang aku punya 4 tahun baru hilang kat kaki, menderita dia,” tulis @ki_ik

“Dulu pernah kena kat ibu jari, pastu ambek ketip kuku buang sampai darah weh. Then dia tumbuh lagi tapi sekarang takde dah. Buat je sampai hilang,” tambah @daisy

Video tersebut turut mendapat sebanyak 135,000 tanda suka dan lebih 15,000 komen daripada warganet.

“Saya pernah kena banyak kat kaki dan jari tangan, letak ubat ketuat ada jual kat farmasi botol kecil.. inshaAllah 3 hari dia tanggal sendiri dengan akar-akarnya,” ujar @sitimunirahmohdyusop

“Saya pernah kena mcm ni..beli belerang ubat sapu ada jual kat perak bende tu susah sangat pergi farmasi beli econazim x silap..,” komen @apiskuda

“Ketuat ini viral infections. Ada sejenis asid kat klinik kulit boleh bunuh sampai akar,” kata @norlizahauyob

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram