pilihan keluarga
Syahirah bersama tunangnya yang dilihat buat pertama kali.

SIAPA sangka tidak pernah kenal, tidak pernah bercinta apatah lagi berhubung melalui telefon, tiba-tiba sudah menjadi tunangan orang.

Rata-rata generasi kini lebih cenderung untuk mencari pasangan pilihan mengikut cita rasa sendiri sebelum beralih ke alam perkahwinan.

Ledakan aplikasi mencari jodoh seperti Tinder, Litmatch dan Omi juga membuatkan anak muda kini lebih mudah mencari pasangan yang mempunyai minat yang sama.

Namun berbeza dengan gadis yang dikenali sebagai Syahirah, 21, apabila rela hati menyerahkan soal memilih bakal suami kepada orang tua kesayangannya untuk mengikat tali pertunangan pada 8 Oktober lalu.

Melalui perkongsian video pendek di laman TikTok @mexgojes……….94 yang merupakan kakak kepada gadis tersebut, ia telah ditonton sebanyak 4.9 juta kali serta menerima lebih 439,000 tanda suka.

Bagi Syamimi atau selesa disapa Mek Gojes, perkongsian telatah tidak keruan adiknya pada hari pertunangan berlangsung telah mencuit hati warganet sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai detik awal pertemuan pihak lelaki dan keluarga wanita.

Syahirah bersama cincin tunang miliknya.

“Kakak kepada pihak lelaki merupakan rakan kepada mak saya. Pada awalnya, kakak tunang lelaki hanya datang suka-suka. Adik pula kebetulan tiada di rumah dan hanya ada mak saja yang pada ketika itu tengah tidur. Tak disangka rupanya pihak lelaki berkenan dengan adik saya dan membuat keputusan untuk membawa rombongan merisik,” ujarnya yang merupakan ahli perniagaan tudung kepada UtusanTV.

Tambahnya, pernah juga kakak pihak lelaki memberi “hint” untuk berbesan, tidak sangka memang betul-betul jadi kenyataan.

Namun, ibunya tetap menyerahkan keputusan kepada tuan badan dan dengan senang hati diterima oleh pihak wanita setelah berfikir panjang.

“Adik terima lamaran pihak lelaki dan dia percaya kepada pilihan terbaik mak,” ujarnya gembira.

Baca artikel berkaitan: Ketuat ‘gergasi’ di jari hantu, warganet tampil bantu gadis buntu selepas makin membesar

1 juta saksikan pemuda ini bakar cek RM15,000 selepas majlis kahwin dirancang tak kesampaian

@mexgojes……….94

Taknak keluar jumpa tunang 🤣 #jodohku #MakCarikanJodoh #Fyp #fypdongggggggg

♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

Seminggu selepas rombongan merisik datang ke rumah, majlis pertunangan dilangsungkan dengan sederhana dan segala perancangan berjalan dengan lancar.

Sudah mempunyai perancangan untuk disatukan selepas perayaan Tahun Baru Cina, Mek Gojes berkata, adiknya yang pertama kali bertemu tunang lelaki berusia 29 tahun itu di tidak pernah memikirkan soal rupa atau harta malahan hanya berharap bakal suami mampu membimbing ke jalan yang lebih baik.

“Lebih baik bercinta selepas dah berkahwin. Tidak perlu bertunang terlalu lama. Adik juga sudah reda dan kami anggap jodoh adik sudah sampai,” kata Syamimi.

Tambah Mek Gojes, hanya Syahirah sahaja yang dijodohkan melalui pilihan keluarga dan adik-beradik lain memilih pasangan mengikut cita rasa sendiri.

Syahirah yang merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik sehingga kini masih tidak percaya sudah menjadi tunangan orang dan berharap semoga urusan untuk ijab kabul berjalan dengan lancar.

Sekadar mengabadikan video lucu di aplikasi TikTok, Syamimi sama sekali tidak menyangka apabila mendapat 1 juta tontonan dalam tiga jam pertama dimuat naik.

Antara komen warganet

Rata-rata warganet juga turut terhibur akan gelagat gadis kelahiran Kelantan ini dan ada yang mahu mengikut jejak langkah mengikut jodoh pilihan keluarga.

“mesti dalam kepala dia cakap don’t leave me aloneee madahh,” usik @budakbaikuser_

“kalau akuuu dah duduk atas bumbung nangis hahaha,” respon @ainjalil_aj.

“aku je ke suka kalau mak aku yang carikan jodoh sebab takda laki minta aku ahahhaha,”tambah @megggg-55

Syamimi sempat menitipkan pesanan kepada mereka yang mengalami nasib dalam jodoh pilihan keluarga untuk terima takdir yang ditentukan dan berserah kepad Allah melalui jalan istikharah kepada-Nya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram