Banjir Johor makin serius, hampir 6,000 sudah dipindah

Dari Penulis

JOHOR BAHRU – Bukan Kelantan atau Terengganu tetapi Johor menjadi negeri paling teruk dilanda banjir pada musim tengkujuh kali ini.

Selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran peringkat merah yang dikategorikan sebagai berbahaya, ternyata banyak kawasan rendah di Johor dinaiki air dalam tempoh 24 jam.

Setakat 8 pagi ini, banjir di Johor kini menjejaskan tujuh daerah dengan jumlah mangsa meningkat kepada 5,818 orang daripada 1,540 keluarga berbanding 1,780 mangsa daripada 500 keluarga, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata, Mersing dan Pontian menjadi daerah terbaharu terjejas banjir menyusuli Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Batu Pahat.

Beliau berkata sebanyak 28 lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menjadikan keseluruhan 56 PPS beroperasi setakat pagi ini iaitu dua di Mersing, Pontian (satu), Kluang (19), Kota Tinggi (14), Johor Bahru (13), Kulai (lima) dan dua di Batu Pahat.

Mangsa banjir dipindahkan sejak malam tadi berikutan hujan lebat di kebanyakan daerah di Johor sejak semalam. / Gambar media sosial

“Di Mersing, seramai 57 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tenglu dan SK Air Papan, pagi tadi. PPS SK Tenglu menempatkan 16 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Tenglu, manakala 41 mangsa daripada 10 keluarga dari Kampung Air Papan ditempatkan di PPS SK Air Papan.

“Sementara di Pontian, enam mangsa dari satu keluarga dari Kampung Ulu Pulai ditempatkan di PPS Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai yang dibuka pukul 10 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini seperti dilapor Bernama.com.

Vidyananthan berkata setakat ini lima PPS sedia ada merekodkan peningkatan jumlah mangsa dengan Kluang seramai 1,826 mangsa, Kota Tinggi (868), Johor Bahru (2,452), Kulai (581) dan Batu Pahat (28).

Katanya, laluan FT003 (Jalan Johor Bahru-Kota Mersing) kini ditutup kepada semua kenderaan berikutan ditenggelami air dengan kedalaman 0.2 meter.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Pahang membabitkan daerah Rompin dan Maran meningkat 65 daripada 19 keluarga pagi ini, berbanding 44 membabitkan 13 keluarga, semalam.

Menurut portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 9 pagi ini, Rompin adalah daerah kedua dilanda banjir dengan 21 mangsa direkodkan daripada enam keluarga.

Katanya, semua mangsa kini berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Bukit Lepas, Rompin.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This