Jalan berlubang: Warga emas maut motosikal terbabas

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas selepas terlanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke pusat beli-belah Mid Valley pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Ho Yan Fee, 75, yang beralamat di Pandan Perdana disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Jalan Connaught menghala ke Mid Valley.

“Motosikal mangsa dipercayai terbabas selepas terlanggar lubang pada jalan rosak di lorong tengah di laluan yang mempunyai tiga lorong berkenaan sebelum terjatuh ke jalan.

“Anggota pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini seperti dilapor portal BH Online.

Isu jalan berlubang kembali menjadi perhatian baru-baru ini selepas insiden melibatkan seorang menteri yang mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika berbasikal akibat jalan berlubang.

Lebih menarik tumpuan netizen apabila jabatan yang berkenaan memohon maaf kepada kenamaan tersebut dan segera tampil menurap lubang berkenaan.

Bagi netizen, bukan hanya lubang di jalan dilalui menteri sahaja perlu diturap semula, bahkan banyak lagi permukaan jalan di seluruh negara yang memerlukan layan sama daripada jabatan terlibat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This