BAHAN A

1 ekor ayam – potong kecil

500 ml santan pekat

2 cawan air

2 batang serai – titik

2 sudu besar air asam jawa

3 helai daun salam

2 sudu besar gula merah

Sedikit garam dan gula

BAHAN B

15 tangkai cili padi

10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

5 biji buah keras

2 sudu besar ketumbar

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

4 cm kunyit hidup

2 cm halia

Minyak masak untuk menumis

CARA

  1. Ayam di tabur sedikit serbuk kunyit dan garam lalu gaul rata.  Perap selama sejam atau lebih.
  2. Kisar ke semua bahan B sehingga menjadi pes yang lumat. 
  3. Di dalam kuali, panaskan dua sudu besar minyak lalu tumis pes hingga terbit minyak.
  4. Masukkan ayam, serai dan air, asam jawa, gula merah dan didihkan hingga ayam agak lembut.
  5. Masukkan santan, daun salam, gula dan garam secukup rasa.
  6. Didihkan sambil dikacau sesekali dengan kuali bertutup hingga semua bahan sebati dan kuah agak kering.  Jika suka berkuah, jangan didihkan terlalu lama.
Resipi : Suwarsi M.Arukin