Resipi bubur singgang kupang

Dari Penulis

BAHAN:

500gm kupang

1 labu bawang besar

1 inci kunyit hidup

1/2 inci lengkuas

2 batang serai – diketuk

3 keping asam gelugur

500ml air – jika nak lebih kuah boleh tambahkan airnya

250gm beras (dimasak supaya menjadi bubur yang pekat)

Garam dan gula secukup rasa

CARA:

  1. Bersihkan kupang dan toskan airnya.
  2. Giling bawang dan kunyit hingga halus.
  3. Masukkan air dan bahan-bahan yang telah digiling ke dalam periuk dan masukkan juga lengkuas, serai dan asam gelugur.
  4. Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan kupang, garam dan gula secukup rasa.
  5. Biarkan mendidih seketika dan masukkan  bubur yang telah dimasak tadi ke dalam singgang tersebut, gaul rata dan betulkan rasanya.

Resepi: Eksekutif Sous Cef hotel Parkroyal Kuala Lumpur, Cef Isham Ismail.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Status Halal JAKIM Cetus Fenomena, Churros+ Kini Jadi Pilihan Utama Snek Premium

JENAMA snek premium popular, Churros+, berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan selepas secara rasmi menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan...

More Articles Like This