Kes baru lepasi angka 3,000, COVID-19 makin merisaukan

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Buat kali pertama, kes harian COVID-19 di negara ini melepasi angka 3,000 kes apabila 3,027 penularan pandemik direkodkan hari ini.

Tertinggi hari ini ialah Johor dengan 1,103 kes diikuti Selangor (706 kes), Sabah (493 kes), Kuala Lumpur (316) dan Pulau Pinang, 111 kes.

Hanya Perlis mencatatkan sifar kes manakala terendah Terengganu dengan 10 kes diikuti Sarawak, 14 kes.

Sebelum ini, angka harian tertinggi dilaporkan semalam dengan 2,593 kes dan 31 Disember lalu, 2,525 kes.

Memetik laporan di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak lapan lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah./ Gambar media sosial

Selain itu, keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 128,465 kes dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 25,221 kes.

Menurut kenyataan itu, KKM turut merekodkan bilangan kes sembuh COVID-19 sebanyak 2,145 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 102,723 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 3,021 kes,” katanya.

Menurut kenyataan itu juga, terdapat pertambahan lapan kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 509 kes atau 0.41 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 142 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 63 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This