PKP di 4

KUALA LUMPUR – “Tunggulah pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin ini,” demikian kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia berhubung desas-desus mengenai pendekatan terbaharu kerajaan bagi mengawal penularan COVID-19 yang mana semalam menyaksikan kes harian melepasi angka 3,000 buat kali pertama.

Tegas Ismail Sabri, pada masa ini semua pihak diminta menunggu pengumuman Perdana Menteri, Isnin ini walau pun ramai sudah menularkan pelbagai cerita termasuk mekanisme prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

Katanya, perkara tersebut masih dibincangkan kerajaan dengan semua agensi termasuk memperhalusi pandangan orang ramai agar apabila diumumkan kelak, ia dapat diterima semua.

“Ada yang nak ketat, ada yang tak mahu diperketat. Bagi peniaga ada tak mahu SOP ketat sangat untuk elak kesan kepada perniagaan dan ada juga bimbang perniagaan ditutup.

“Sebab itu kita bincang secara terperinci kerana kepentingan semua pihak kita akan jaga. Sebab itu saya kata, tunggu Isnin ini, insya Allah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pagi Isnin ini pun masih ada mesyuarat khas teknikal yang dihadirinya bagi membincangkan soal ini.

“Itu sahajalah, saya tak boleh jelas lebih. Insya Allah tunggu isnin YAB Perdana Menteri akan umum sesuatu.

“Dan kita besedialah dengan pengumuman itu nanti,” ujarnya.

Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) dan beberapa pertubuhan perniagaan merayu kerajaan supaya tidak menggenakan strategi PKP seperti Mac lalu bagi mengelakkan kesannya kepada ekonomi.

Bgai mereka, biarlah SOP yang lebih ketat tetapi bukan PKP sepenuhnya bagi mengelak implikasi kepada ekonomi jika PKP kali kedua dilaksanakan.

Bagaimanapun bagi pakar-pakar kesihatan, mereka melihat PKP adalah kaedah terbaik untuk kekang peningkatan kes COVID-19 yang ketika ini mencatatkan lebih 2,000 kes sehari kebelakangan ini.

Jom ikuti channel Telegram UtusanTV untuk tidak terlepas berita terkini dan sensasi