Resipi serabai warisan

0
879

BAHAN
500 gm tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
4 cawan santan pekat
Garam dan gula
Sedikit minyak masak

BAHAN KUAH
400 ml santan pekat
500 gm gula
100 gm gula merah
3 sudu kecil tepung jagung – campur sedikit air sebagai agen pemekat
2 helai daun pandan

CARA
1.Masukkan dua sudu besar tepung beras dan satu cawan air di dalam periuk. Kacau di atas api sederhana sehingga sebati, seperti bubur. Sejukkan.
2.Kisar tepung beras, tepung gandum, santan dan bubur sehingga halus.
3.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan sebatikan adunan. Perap selama 3 jam.
4.Panaskan acuan, sapukan dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan.
5.Tutup permukaan acuan dan kecilkan api. Masak selama 5 minit.
6.KUAH : Satukan ke semua bahan kuah di dalam periuk. Masak sehingga likat.

Hidangkan kuih serabai bersama kuah

Resepi: Mazenah Baba

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk tidak terlepas berita terkini dan artikel menarik