Bacalah Sajat. Usah takbur. Jangan sampai suatu hari nanti jadi seperti yang diceritakan pengurus jenazah ini…

0
1919

TULAR ketika ini kisah Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau lebih popular dipanggil Sajat yang ditahan oleh pihak JAIS untuk siasatan, beberapa hari lalu. Sajat direman JAIS dan ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu. JAIS tampil mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Sajat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No 5 Tahun 1995.

Sajat pula tampil di media sosialnya mendakwa dirinya digari dan dilayan buruk. Dia merintih hiba, mempersoalkan hak asasinya dan macam-macam keluhan. Dan dalam rintihannya itu, Sajat akhirnya mengaku dia sudah menjalani pembedahan penukaran jantina.

Rakaman Sajat yang tular ketika ditahan JAIS.

Namun rata-rata pelayar internet tidak memihak kepada Sajat, sebaliknya menasihatkannya agar kembali ke pangkal jalan.

Kisah Sajat tadi mengingatkan Mastika kepada sebuah cerita. Ia kisah benar, catatan pengalaman Ustaz Amir Muttakin B. Haji Ab Ghani yang juga merupakan seorang tukang mandi jenazah. Ini salah satu pengalaman beliau ketika memandikan jenazah seorang mak nyah. Jenazah yang asalnya lelaki tetapi telah melakukan pembedahan menukar jantina. Kepada Sajat, mari baca cerita ini..

Ustaz Amir Muttakin.

KISAH ini berlaku beberapa tahu dahulu. Saya dipanggil ke sebuah hospital untuk menguruskan satu jenazah. Saya datang bersama Bob, rakan saya yang sering membantu dalam tugasan begini.

Sampai di depan bilik jenazah, pembantu bilik mayat menyerahkan sehelai dokumen. Saya baca maklumat jenazah itu. Jantinanya lelaki. Umur awal 30-an. Punca kematian disebabkan jangkitan kuman.

Tetapi, sebaik melangkah masuk ke bilik jenazah, kaki saya terpaku. Saya dan Bob saling berpandangan. Berlainan benar rupa jenazah ini berbanding catatan pada dokumen kematiannya. Seolah-olah ada sesuatu yang tersembunyi di bawah kain yang menutupi jasad itu.

Saya selak kain penutup jenazah.

“Allahu akbar!” spontan kalimah itu keluar dari mulut kami berdua.

Jenazah ini jantinanya lelaki, tetapi mempunyai payudara. Saiznya agak besar. Terdapat kesan tompokan darah yang baru pada jenazah. Saya memandang ke arah pembantu bilik mayat tadi dan mengangkat sedikit kepala.

Post mortem ustaz,” balasnya, seakan menduga apa yang bermain dalam fikiran saya. Saya mengangguk faham.

Saya buka semula lembaran kain yang menutupi jenazah. Sekali lagi kami mengucap panjang. Saya terkejut apabila melihat wajah jenazah yang biru kehitaman. Lebam. Ada bintik hitam memenuhi ruang mukanya. Lebih kurang sama seperti jenazah pesakit HIV yang pernah saya uruskan satu ketika dulu. Mulutnya ternganga, rambutnya banyak yang gugur.

“Di mana ahli keluarganya?” soal saya kepada pembantu tadi.

“Ada di luar,” balasnya ringkas.

Saya minta dipanggilkan ahli keluarga si mati itu. Saya lebih suka jika warisnya ada bersama.

Kemudian, masuk seorang wanita berusia yang dipimpin oleh seorang lelaki. Wanita itu bertanya, mengapa dia dipanggil masuk. Saya jawab, itu adalah kebiasaan sebelum saya memulakan proses memandikan jenazah. Saya lebih suka membawa ahli keluarga terdekat bersama untuk menguruskan si mati. Paling tidak pun mereka berada di sisi jenazah.

Wanita itu menganggukkan kepalanya beberapa kali. Kemudian dia berkata, “Ustaz, sebenarnya si mati bukan anak saya. Tetapi sejak arwah berhijrah ke Kuala Lumpur, saya lah ibu dan sayalah juga bapanya. Arwah tinggal dan duduk dengan saya dah lama.”

Setelah mendapat keizinan daripada wanita tersebut, saya dan Bob memulakan proses mandian. Kami periksa tubuh badan agar bebas daripada segala kotoran, tampalan mahupun najis yang boleh menghalang air mutlak membasahi seluruh anggota tubuh badan jenazah.

Jenazah dipakaikan lampin pakai buang. Kami perlu buang lampin tersebut agar air mandiannya nanti dapat mengalir sempurna. Saat membuka lampin tersebut, tiba-tiba hidung kami didatangi dengan bau yang sangat busuk dan menjelikkan. Hanyir, memualkan. Sukar untuk digambarkan.

Kami cuba menahan, tapi akhirnya Bob muntah. Buat pertama kalinya sejak membantu saya, ini kali pertama Bob tewas. Merah padam muka Bob menahan.

Apabila Bob sudah tenang, kami sambung semula tugas. Apa yang terlekat dan tertinggal pada tubuh jenazah, kami buang. Saya memeriksa beberapa kali bahagian tubuh badannya.

Baru kami sedar, ada cecair yang mengalir dari ‘buah dadanya’. Cecair itu berbau dan hanyir. Menurut laporan perubatan, bahagian itu telah dijangkiti kuman akibat kegagalan pembedahan implan pada bahagian payudaranya.

Ada luka yang agak besar dan ia bernanah. Baunya memang sangat busuk. Saya sendiri cuba menahan diri supaya tidak muntah. Tekak semakin meloyakan. Saya tarik nafas dalam-dalam.

Wanita tua yang memerhati tugasan kami di situ mula menangis dan menatap wajah saya. “Maafkan arwah ustaz,” rintihnya hiba.

“Untuk apa minta maaf. Apa yang berlaku adalah peringatan buat kita yang masih hidup. Jangan sedih. Saya pernah lalui pengalaman yang lebih berat dari ni,” saya cuba memujuk hati wanita tua itu.