Hanya satu peratus permohonan i-Sinar KWSP tidak diluluskan

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memudah cara kemudahan i-Sinar dengan kurang satu peratus permohonan tidak diluluskan setakat ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sehingga kini 65 peratus permohonan i-Sinar sudah diluluskan, manakala 35 peratus pula sedang diproses.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz./ Gambar media sosial

“Kerajaan juga bersetuju memudah cara i-Sinar dengan pendahuluan kategori dua sebanyak RM1,000. Isytihar sendiri dan akan dapat,” katanya pada sesi taklimat media hari ini.

Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan meneruskan amalan bantuan bersasar melalui moratorium dengan membantu golongan yang paling terkesan.

Menurut beliau, kerajaan perlu menyeimbangkan sumber yang ada dengan keperluan menyalurkan bantuan kepada rakyat.

“Kalau dibuka kepada semua, sumber kita akan ‘terbeban’ (stretched). Lebih baik menyokong mereka yang memerlukan daripada menyediakan bantuan yang tidak diperlukan oleh golongan yang tidak memerlukannya.

“Kadar kelulusan moratorium adalah lebih 95 peratus dan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ialah 99 peratus.

“Sebanyak 85 peratus peminjam PKS pula meneruskan bayaran pinjaman masing-masing,” katanya


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This