“Lanjut atau tidak, kita umum tak lama lagi” – Ismail Sabri

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada operasi peniaga makanan dibenar dilanjutkan sehingga pukul 10 malam berbanding 8 malam ketika ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung cadangan terbabit.

“Beberapa hari tular di media sosial dan melalui mesej WhatsApp yang saya terima, ramai merungut dan memohon supaya operasi kedai makan atau restoran dilanjutkan, iaitu dari jam 6 pagi sehingga 10 malam.

“Ramai memberi pandangan bahawa apabila ditutup jam 8 malam, ia menyukarkan mereka mendapatkan makanan,” katanya pada sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disiarkan secara langsung, hari ini.

“Sebarang keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya seperti dilapor BH Online.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This