Resipi lemak cili padi ikan baung

Dari Penulis

BAHAN
1 ekor ikan baung
25 tangkai cili padi
1 cm kunyit hidup
3 keping asam gelugur
10 biji belimbing buluh
2 biji kelapa – ambil santan
Sedikit asam Jawa – membasuh ikan
3 tangkai daun kesum
Garam

CARA
1.Ikan baung, dicuci dengan air garam dan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Selain itu, boleh juga dicuci dengan limau nipis. Ketepikan.
2.Kisar atau tumbuk cili padi, kunyit hidup sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk.
3.Masukkan ikan baung dan asam gelugur, didihkan seketika.
4.Selepas itu, masukkan santan dan reneh dengan api yang sederhana kecil. Kacau kuah di bahagian atas perlahan-lahan. Apabila mendidih masukkan belimbing buluh dan daun kesum serta garam. Sebatikan rasa pedas, masin dan masamnya.

Resipi: Rohana Abu Samah

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This