Selepas tutup dua hari, Talian Hotline BPR kembali beroperasi

Dari Penulis

CYBERJAYA – Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 kembali beroperasi mulai hari ini setelah ditutup sementara sejak Isnin lepas.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini berkata talian berkenaan beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Sebagai alternatif bagi mendapatkan penjelasan berkenaan BPR selain menghubungi talian berkenaan, orang ramai turut boleh merujuk soalan lazim (FAQ) berkaitan dari portal rasmi https://bpr.hasil.gov.my/.

Pendaftaran BPR dibuka pada 15 Januari lepas hingga 15 Februari ini dan dijangka memanfaatkan 8.1 juta penerima membabitkan peruntukan RM6.5 bilion.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita antara dua ditahan samun guna pisau, cederakan pemandu e-hailing

SEORANG wanita merupakan dua suspek yang ditahan bersabit kejadian samun bersenjatakan pisau hingga mencederakan seorang pemandu e-hailing di Terminal...

More Articles Like This