36 calon SPM, STPM di Sabah positif COVID-19

Dari Penulis

KOTA KINABALU – Seramai 36 pelajar disahkan dijangkiti COVID-19 melalui saringan dilakukan terhadap mereka yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, pelajar terbabit adalah mereka yang dibenar kembali ke asrama mulai 16 Januari lalu.

Memetik laporan Harian Metro, pelajar terbabit masih boleh meneruskan pembelajaran ketika menjalani tempoh kuarantin.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menyediakan perkhidmatan internet di setiap Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC) di seluruh negeri.

“Pelajar yang menjalani rawatan dan tempoh kuarantin boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menjalankan sesi pembelajaran atas talian,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mistrine Radin berkata, langkah pencegahan diambil bagi memastikan tiada pelajar yang dijangkiti COVID-19 berada di dalam asrama sekolah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This