Resipi kari laksa ketam

0
786

BAHAN:
8 ulas bawang merah – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
10 tangkai cili kering – kisar
1 cawan udang kering – kisar
1 cawan rempah kari daging
1 kg santan
2 cm halia – titik
2 cm lengkuas – titik
2 batang serai – titik
3 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
1 ekor tulang ayam – potong 4
4 ekor ketam
10 ekor udang saiz sederhana
Bebola ikan
Tauhu kering digoreng sebentar

BAHAN DIMAKAN BERSAMA
Mi laksa
Timun dihiris halus
Tauge
Telur rebus
Daun kesum – hiris halus
Bawang goreng
Limau kasturi
Cili merah mayang – jika suka

CARA:

  1. Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh dengan air, halia, lengkuas dan serai.
  3. Masukkan air dan biar ia mendidih.
  4. Masukkan tulang ayam dan biarkan selama setengah jam dengan api yang kecil kemudian keluarkan tulang ayam.
  5. Kemudian masukkan santan dan asam gelugur, biar hingga mereneh.
  6. Masukkan udang, ketam dan bebola ikan.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Akhir sekali masukkan tauhu kering, biarkan kuah mendidih. Sedia dihidangkan.
  9. Hidangkan tauge, telur, taburan bawang goreng dan hirisan daun kesum. Perahkan limau kasturi untuk mendapatkan rasa dan aroma yang enak. Jika ingin lagi pedas bolehlah dimakan bersama sambal belacan.
Resipi: Rohana Abu Samah