Aktres Korea Selatan, Song Yoo Jung meninggal dunia dipercayai bunuh diri

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

AKTRES Korea Selatan, Song Yoo Jung dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu lalu di usia 27 tahun.

Difahamkan pelakon Golden Rainbow itu dipercayai akibat bunuh diri namun sehingga kini berita tersebut belum disahkan oleh pihak berkaitan.

Malah, pihak pengurusannya, Sublime Artist Agency menerusi entri di Instagram tidak pula mendedahkan punca kematian Yoo Jung yang juga seorang model.

“Pelakon Song Yoo Jung telah meninggalkan kita semua. Dia merupakan seorang teman yang memberi keceriaan dengan senyumannya.

“Dia juga seorang pelakon yang berbakat dan dan menjadikan lakonan sebagai jiwanya. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada artis Sublime Artist Agency.

“Kami akan sentiasa mengingatimu dan semoga kamu berada dalam ketenangan,” kata agensi agensi Yoo Jung menerusi satu kenyataan.

Yoo Jung memulakan karier lakonan pada 2013 dan pernah membintangi drama antaranya Golden Rainbow, Make Your Wish dan School 2017.

Mendiang juga pernah muncul dalam video muzik lagu Goodbye Road nyanyian kumpulan iKON, dua tahun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya memang agak ‘ting-tong’…,” – Selesa jadi ‘Ratu Kacip’ di Threads, Aisha Retno tepis dakwaan platform toksik!

KERAP menjadi bualan hangat netizen gara-gara keaktifannya di aplikasi Threads, penyanyi Aisha Retno mempunyai pendapat peribadi berhubung dakwaan sesetengah...

More Articles Like This