PKP: 84 ingkar SOP perniagaan, 77 cuba rentas negeri

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Bagi sesetengah pihak mungkin beranggapapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini agak longgar berbanding Mac lalu.

Namun bila mana menyentuh soal prosedur operasi standard (SOP) PKP, awas jangan sesekali ingkar misalnya hendak rentas negeri atau membuka premis perniagaan melebihi waktu ditetapkan.

Bukan sahaja keingkaran pada SOP mendedahkan risiko penularan COVID-19 tetapi tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam sahaja 506 lagi individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP.

Ismail Sabri Yaakob. / Gambar FB Mindef

Katanya, daripada jumlah itu, 473 individu dikompaun manakala 33 lagi direman.

“Kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (112), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (84) dan rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (77).

“Selain itu, tiada penjarakan fizikal (76), gagal menyediakan peralatan/ merekod butiran pelanggan (66) dan lain-lain (91),” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Tambah Ismail Sabri, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 60,840 pemeriksaan semalam bagi menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

“Seramai 3,048 Pasukan Pematuhan melibatkan 12,772 anggota telah membuat pemantauan di 5,186 buah restoran, pasar raya (3,684), bank (3,537), penjaja (2,095), kilang (1,443), dan pejabat kerajaan (686).

“Juga dipantau, sebanyak 932 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (239) dan terminal pengangkutan udara (76),” ujarnya.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Pusat Koreksional Dungun dan Kuarters Kakitangan bermula 28 Januari 2021 sehingga 10 Februari 2021.

“KKM hari ini telah melaporkan situasi peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di Pusat Koreksional Dungun, Terengganu.

“Sehingga 26 Januari 2021, KKM telah melaksanakan 1102 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 99 kes positif COVID-19 telah direkodkan yang melibatkan 92 tahanan, 2 kakitangan dan 5 kontak rapat,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan tanggung RM3.5 bilion kekalkan harga petrol, diesel minggu ini

HARGA runcit petrol dan diesel bagi minggu ini kekal tanpa sebarang perubahan meskipun kerajaan masih menanggung subsidi bahan api...

More Articles Like This