Pasar Besar PD terbakar

Dari Penulis

PORT DICKSON – Sebahagian bangunan Pasar Besar Port Dickson di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Kebakaran kira-kira jam 3 pagi itu, membabitkan bahagian sebelah kiri dari pintu masuk utama pasar terbabit.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohammad Rosman Md Nor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.26 pagi tadi sebelum sebuah jentera bersama 10 anggota bergegas ke lokasi.

“Kebakaran di bangunan Pasar Besar Port Dickson di sebelah kiri dari pintu masuk utama menyebabkan kemusnahan kira-kira 30 peratus membabitkan empat penyewa gerai sayur dan gerai bunga.

Kebakaran jam 3 pagi tadi berjaya dipadam sepenuhnya pihak bomba sekali gus mengelakkan ramai peniaga Pasar Port Dickson terjejas. / FGambar FB Bomba Port Dickson

“Tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian ini kerana kejadian awal pagi di bangunan premis jenis struktur kekal dua tingkat berkeluasan 20 x 60 kaki persegi,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Rosman berkata, bomba mengambil masa 10 minit bagi mengawal api sebelum dipadam sepenuhnya setengah jam kemudian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This