Harga petrol tak naik tak turun, diesel turun

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Tidak seperti sebelumnya, harga mingguan petrol RON95 dan RON97 yang bermula tengah malam ini tidak menyaksikan kenaikan.

Sebaliknya, harga petrol bagi kedua-duanya kekal pada paras RM2.20 seliter bagi RON97 dan RM1.90 (RON95).

Namun demikian, pemilik kenderaan diesel boleh menarik nafas lega sedikit apabila harga bahan bakar itu turun sebanyak dua sen seliter.

Justeru, bermula tengah malam ini sehingga 5 Februari, harga baru diesel adalah RM2.07 seliter.

Sumber Twitter MOF

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This