Kesalahan trafik: Mengaku salah secara online, tak perlu ke mahkamah

Dari Penulis

PUTRAJAYA – Mulai 2 Februari, orang awam yang mempunyai saman kesalahan trafik di Shah Alam atau Selangor boleh membuat pengakuan salah melalui teknologi komunikasi jarak jauh dan tidak perlu hadir secara fizikal ke mahkamah.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ia berikutan pelancaran Sistem Pengakuan Salah Kes Trafik Secara Dalam Talian (sistem e-PG) di Mahkamah Majistret Shah Alam.

“Secara rintis, Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor akan mengaplikasi sistem e-PG bagi semua kes trafik yang didaftarkan di Mahkamah Majistret 3 Shah Alam bermula pada 2 hingga 5 Februari 2021,” menurut kenyataan itu seperti dilapor BERNAMA.

Pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia pada masa ini memerlukan masyarakat untuk menjaga jarak fizikal dan mengelakkan tempat sesak dan sistem e-PG dapat mengurangkan keperluan penerima saman kesalahan trafik untuk hadir ke mahkamah selain dapat menjimatkan masa, wang ringgit, menjaga keselamatan dan kesihatan, menurutnya.

Orang awam yang mempunyai kes yang didaftarkan di Mahkamah Majistret berkenaan boleh melayari sistem e-PG di https://ecourt.kehakiman.gov.my bermula 2 Februari ini.

PKPMP turut menyenaraikan 43 kesalahan yang membenarkan Orang Kena Saman (OKS) menggunakan aplikasi sistem e-PG termasuk kesalahan mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas, pendaftaran kenderaan dan pemunya, lesen kenderaan motor, tiada lesen memandu dan memperagakan nombor pendaftaran.

Bagaimanapun, individu yang menghadapi kesalahan memandu kenderaan melebihi had kelajuan, tidak boleh menggunakan aplikasi sistem e-PG dan perlu hadir secara fizikal ke mahkamah.

Menurut PKPMP, statistik di Mahkamah Majistret menunjukkan terdapat lebih sejuta kes saman trafik didaftarkan yang kebanyakannya berakhir dengan pengakuan bersalah dan hukuman denda.

“Justeru, bagi mendigitalkan proses pengakuan bersalah dalam kes kesalahan trafik sekali gus mempercepatkan proses pelupusan kes tersebut,” menurut PKPMP.

Badan Kehakiman berharap akan dapat melancarkan sepenuhnya sistem e-PG di Mahkamah Majistret seluruh Semenanjung Malaysia bermula 1 April manakala bagi Mahkamah Majistret Sabah dan Sarawak bermula pada Jun depan.

Badan Kehakiman juga berharap inisiatif pendigitalan teknologi seperti sistem e-PG ini akan lebih memperkasakan pentadbiran keadilan dan memperluaskan akses kepada keadilan untuk semua pihak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

TVET pengangkutan buka 3,208 peluang kerja untuk veteran ATM

SEBANYAK 3,208 peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan disediakan kepada anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kerjasama strategik...

More Articles Like This