KEBELAKANGAN ini nama Janna Nick sering terpalit dengan kontroversi yang tidak berkesudahan. Apa sahaja perilaku serta percakapannya pasti akan mengundang kecaman netizen.
Malah lebih menegangkan keadaan, pelakon dan pengacara ini sanggup bertikam lidah dengan warga maya hanya kerana tidak sependapat dengan mereka.
Namun, selepas beberapa hari insiden pertelingkahan itu berlaku, Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner mulai sedar tindakannya yang agak keterlaluan itu lalu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mereka yang terguris hati.
“Saya mohon maaf secara terbuka kepada semua yang sakit hati dengan Janna Nick. Tak tahulah,saya mulakan tahun 2021 ini dengan negatif, bergaduh dengan netizen.
“Bodohnya lah saya. Okey, saya mengaku bodoh dan sayalah ‘loser’ itu,” katanya.
Kata pengacara Melodi itu lagi, dia seharusnya tidak bergaduh dengan netizen sedangkan merekalah yang menyokong karier seni dan drama lakonannya.
“Bila drama saya keluar, Melastik Ke Hatimu, bila anda semua sokong dan jadikan drama itu ‘trending’, saya rasa sedih sangat.
“Saya gaduh dengan orang (peminat). Saya gaduh dengan orang yang menyokong saya tapi pada akhirnya anda juga yang sokong drama itu.
“Janna satu dan netizen kosong itu, memang teruklah. Saya minta maaf. Kenyataan fasal saya cakap orang biasa denga artis, saya betul-betul tak ada niat nak bezakan artis dengan orang biasa.
“Dekat sini saya nak beritahu, artis itu juga orang biasa. Saya orang biasa dan saya buat salah, harap sangat semua maafkan saya,” ujarnya.
Sebelum ini, heboh di platform Twitter apabila Janna bertikam lidah dan saling membalas kenyataan dengan netizen. Malahan, dia turut ada menggelarkan netizen sebagai ‘loser’.
Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

