Selepas dikecam teruk, seorang pemandu wanita dipercayai doktor telah membuat permohonan maaf di laman sosial miliknya.

Seorang wanita dikenali sebagai Aina Hassan tampil berkongsi pengalaman bersama doktor viral yang dikenali sebagai Prof Madya Dr Bahariah Khalid. Jelasnya sewaktu bertugas sebagai wartawan majalah, Dr Bahariah antara subjek yang pernah ditemubual mengenai topik Hepatitis-B.

Jelas Aina, doktor viral itu sangat membantu dan sabar dalam memberi kefahaman, bak kata orang, sangat chill. Jauh sekali seperti yang tular sebelum ini.

Malah dia cukup teruja apabila wanita itu turut berkongsi cerita diganggu hantu selepas mengambil kaki mayat untuk kajian sewaktu menyambung pengajian di India.

“Waktu saya masih seorang wartawan di meja majalah I sihat dulu, saya pernah di minta editor untuk cover satu topik, hepatitis B- atau lebih mudahnya, penyakit berkaitan hati. Jenuh juga cari doktor yang sudi di temubual. Akhirnya, ada yang sudi. Jadi selepas set tarikh dan waktu temubual, saya pun ke sana.

“Doktor tersebut, sangatlah membantu dan sabar dalam memberi kefahaman pada seorang wartawan tanpa latar belakang medical. Dan pada saya, bab hepatitis ni susahnya nak faham. Berulang kali saya tanya soalan sama. Sebab saya tak faham.

“Nanti salah tulis, dah satu hal pulak. Tapi doktor tersebut rilek chill2 je, siap lukiskan gambar hati, untuk jelaskan pada saya apa yang saya tak faham tu.

“Habis temubual, kami sambung bersembang (mungkin atas faktor saya ni ramah tak mengira waktu, dan doktor ini pun jenis melayan saja) Doktor pun sempat ceritakan pengalaman dia waktu belajar di India.

“Masih jelas dalam ingatan saya, bila doktor cerita tentang nurse gempal ikat kunci farmasi di pinggang sari yang dipakainya. Kat sana, doktor waima yang paling otai pun takut dengan nurse tu. sebab tak salah saya banyak sgt berlaku penyalahgunaan ubat. Yalah, di India bukan macam Malaysia, bayar RM 1 boleh dapat selonggok ubat.

“Doktor pun ada cerita tentang bagaimana dia sebagai student medical, ‘curi’ kaki mayat daripada kelas, simpan dalam poket jaket putih doktor2 tu, dan bawa pulang ke hostel, sebab dia nak studi pasal kaki. Ada exam esoknya, sudahnya di ganggu hantu sampai demam. Haha.

“Bila viral kes dia memaki hamun ini, saya terkejut juga. Dan perkara pertama dalam kepala saya adalah “what kind of stress has she gone thru that day that has turn her into a monster?” Tidaklah saya hendak membenarkan yang salah. Siapa pun yang salah dalam kes ini, (sebab katanya dua2 lampu pun sedang hijau) saya rasa sangatlah tidak patut untuk doktor itu mengejar dan menggunakan kata-kata kesat.

“Eh tapi saya pernah juga menulis artikel tentang “raksasa sebalik roda” ini. Haaaa itu lain kali la saya cerita. Semoga doktor Bahariah tabah dan sedar tentang kesilapan beliau. Sajalah menulis panjang-panjang lepas Subuh takde buat apa ni. Ok bye,” kongsinya di laman sosial.

Sumber : Aina Hassan