Warga asing juga dapat vaksin, tapi keutamaan pada rakyat Malaysia

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula penghujung bulan ini akan turut membabitkan pemberian vaksin secara percuma kepada bukan warganegara yang menetap di Malaysia.

Menurut kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin Datuk Seri Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin, perkara berkenaan diputuskan mesyuarat Kabinet semalam.

“Walaupun begitu, keutamaan pemberian vaksin COVID-19 adalah kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu.

“Maklumat dan jadual pemberian vaksin untuk warganegara asing akan diumumkan kelak,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kedua-duanya, keputusan itu selepas mengambil kira persekitaran selamat serta bebas COVID-19 dalam negara hanya boleh dicapai apabila seramai mungkin penduduk diberikan vaksin.

Kata mereka, pemberian vaksin dalam tempoh pandemik seperti mana sekarang juga adalah langkah berperikemanusiaan.

Baca artikel berkaitan: Program vaksin mula hujung bulan, diberi percuma kepada rakyat

Pekerja Malaysia di Singapura dapat suntikan vaksin COVID-19

“Ini selari tema program berkenaan iaitu ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ serta menerusi pendekatan “tiada yang selamat, sehingga semua adalah selamat”,” menurut Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu hari ini.

Menurut kedua-duanya, keputusan itu juga diambil melihat kepada rekod jumlah pesakit yang ramai menerusi kluster yang wujud daripada pekerja asing dan kos rawatan dan kuarantin pesakit COVID-19 yang tinggi akibat jangkitan kepada kluster-kluster berkenaan.

Sementara itu, Khairy dalam Twitter beliau turut memaklumkan Kabinet pada dasarnya bersetuju untuk memberi vaksin berkenaan kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This