PKP di 4 negeri dilanjut, namun boleh bergerak lebih 10 km

Dari Penulis

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang sepatutnya berakhir 18 Februari ini terus dilanjutkan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakkob berkata, bagi negeri lain kecuali Perlis pula ditukar status kepada PKP Bersyarat (PKPB).

Katanya, hanya Perlis diletakkan PKP Pemulihan (PKPP)berikutan kes baru COVID-19 di negeri itu sangat berkurang.

“Semua yang saya umum tadi melibatkan tempoh dua minggu iaitu berkuat kuasa bermula 19 Februari sehingga 4 Mac 2021.

“Selepas itu, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membuat penilaian risiko sekali lagi,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

PKP di 4

Bagaimanapun jelas Ismail Sabri, walaupun ada PKP di empat negeri berkenaan, namun kerajaan membatalkan arahan tidak boleh bergerak melebihi radius 10 kilometer (km).

“Namun pergerakan merentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan. Perinciannya saya akan umum Khamis ini,” jelasnya.

Baca artikel berkaitan:PKP disambung dua minggu lagi hingga 18 Februari

30 hari PKP, kes baru di Sabah turun tapi Selangor masih empat angka

Menurut Ismail Sabri, bagi prosedur operasi standard (SOP) PKPB dan PKPP pula, ia adalah sama seperti mana yang digariskan sewaktu PKPB 1.0 dan PKPP 1.0.

“Walau pun boleh disemak di laman web MKN, saya akan maklumkan sekali lagi soal SOP PKPB dan PKPP pada hari Khamis ini.

“Antaranya aktiviti sosial seperti hari jadi, majlis reunion dibenarkan dengan SOP,” jelasnya.

Kata Ismail Sabri, penukaran status dari PKP kepada PKPB dan PKPP untuk negeri tertentu dibuat selepas penilaian risiko oleh KKM dan MKN.

Baca artikel berkaitan: Dr Noor Hisham jangka PKP tak lebih 4 minggu

Total lockdown? 2.8 juta rakyat berisiko hilang kerja – Ismail Sabri

Katanya, sejak PKP dilaksanakan yang bermula di enam negeri sebelum diperluaskan ke seluruh negara, kes-kes baharu COVID-19 diakui berjaya dikurangkan.

Namun ujar beliau, empat negeri yang dilanjutkan PKP masih mencatatkan banyak kes baharu dan oleh itu, keputusan tersebut diambil.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This